Followers

Sunday, July 7, 2013

BEDAK TANAKA.. REVOLUSI BEDAK SEJUK..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Hah.. ni lah bedak Tanaka ori dari Myanmar. Bedak ni sangat baik untuk kulit kita. Kalau nak tau bedak ini sesuai digunakan oleh wanita, lelaki & kanak-kanak seawal usia 1 tahun. Tak percaya? Baca lagi ye....




So, bagaimana bedak ini dibuat? 
Bedak ini diperbuat daripada kayu tanaka yang diekstrak dengan air. Orang2 Myanmar mengambil kayu tanaka dan menggosok-gosokkannya atas pinggan batu dengan sedikit air. Secara semulajadinya, bedak itu terekstrak atas pinggan batu dan mereka mengoles bedak tersebut di wajah mereka.



Namun untuk tujuan komersial & pengeluaran secara besar-besaran, serpihan-serpihan kayu tanaka yang telah dibersihkan, di masukkan ke dalam mesin pemanas. kemudian ia dicampurkan dengan air dan dikisar (grinded) hingga halus. Maka terhasillah bedak tanaka lembab yang amat baik untuk kulit kita. Ia mengandungi tannic acid (sejenis polyphenol) yang bertindak sebagai:-
1. Penegang kulit & menyejukkan kulit
2. Melindungi kulit dari selaran sinar UV & radikal bebas
3. Memelihara kulit dari kedutan akibat penuaan.
4. Membersihkan kulit wajah & badan dari sel2 kulit mati.
5. Merawat luka / blister
4. Merawat jerawat & parut jerawat.
5. Mengurangkan kadar pengeluaran minyak pada wajah.
6. Boleh digunakan pada bayi seawal umur 1 tahun untuk merawat ruam.
7. Menghilangkan gatal2 pada kulit.
8. Mencerah & menghalus kulit wajah.

Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga & ingin kelihatan berseri di pelamin, bedak ini sangat sesuai digunakan untuk melulur badan. Kandungan bedak ini hanya air & ekstrak kayu tanaka sahaja. 100% semulajadi.



Bagaimana nak gunakan bedak ini?

Sebagai bedak sejuk:-
Mudah je. Basahkan wajah dengan air dan oles bedak tanaka di wajah anda. Biarkan ia kering dan basuh dengan air bersih.
Boleh juga dibiarkan semalaman & dibilas semasa mandi pagi.
Kulit anda akan terasa sangat lembut. Siapa yang dah cuba.., pasti tahu bagaimana rasanya.

Sebagai foundation:-
Renjis / spray sedikit air pada wajah. Kemudian calit bedak tanaka nipis2 & ratakan dengan span / jari. Lepas tu, pakailah make-up pada wajah seperti biasa.

Membuang sel kulit mati:-
Basuh wajah anda. Pastikan anda tidak lap / keringkan wajah. Colet bedak tanaka & gosok2 dengan jari sampai sampai kering dan semua sel mati tertanggal dari kulit. Biarkan kering & basuh.

Lulur badan:-
Cedok 3 sudu teh bedak tanaka & campurkan dengan air. Gaul dengan tangan hingga bancuhan pekat dan tidak berketul. Sapu seluruh badan. Biarkan seketika sampai bedak kering. Gosok2 badan dengan span lembab untuk mengeluarkan daki, sel kulit mati & keruping2 luka yang telah sembuh.

Merawat ruam pada bayi berumur 1 tahun ke atas:-
Cedok 1 sudu teh bedak tanaka & campurkan dengan air masak / air tapis / air mineral. Gaul dengan tangan sampai bancuhan pekat dan tidak berketul. Kemudian sapu ke badan bayi dengan memberi tumpuan di kawasan yang beruam. Bayi akan berasa sangat selesa dan sejuk. Bersihkan bayi ketika hendak mandi. Ruam bayi akan beransur reda & bayi akan kurang meragam akibat ketidakselesaan ruam.




Jom borong bedak tanaka ori Myanmar. Terdapat dalam 4 wangian iaitu:-

Hijau - lime
Cream - jasmine
Pink - rose
Putih - original

40g:-
 10pcs ++ : RM10/pc
51pcs ++: RM9/pc
101pcs ++ : RM8/pc
201pcs ++ : RM7/pc

* FREE POSTAGE (WM ONLY)

Berminat nak order? Sila isi Borang Order. Kami akan menghubungi anda melalui alamat email yang anda berikan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...