Followers

Saturday, June 29, 2013

MAKANAN RINGAN TEMPATAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sape2 yang pernah ke Sabah, pasti perasan beberapa jenis makanan ringan paling hot kat sini.. tak lain tak bukan.. AMPLANG , KUIH CINCIN dan EMPING BELINJO.

AMPLANG




Amplang ialah sejenis makanan ringan / keropok berbentuk kubus bulat (rounded cube) yang ringan, rangup dan diperbuat daripada isi ikan / sotong. Sape2 ke Tawau, kalu tak beli amplang.. memang tak lengkap. Sebab amplang kat Tawau sedikit berbeza dari segi kerangupan dan tahap kekerasannya. Amplang kat Tawau tak keras macam amplang kat tempat lain. Iainya rangup dan berongga serta mudah kecut dalam mulut. 

Amplang enak dimakan begitu saja.. cehh... macam tagline Gardenia pulak.. atau dicecah dalam sos cili. Setiap kali raya, amplang merupakan antara penyeri meja kuih dimana setiap kali tetamu datang, pasti ia menjadi tumpuan utama khasnya kanak2. 

Kat Tawau ni ader 3 jenis amplang yang paling popular. 

1. Amplang ikan original (menggunakan isi ikan tenggiri sahaja)
2. Amplang udang
3. Amplang sotong-ikan berempah

Amplang ikan atau udang
Pek 250g: RM10
Pek 500g : RM15

Amplang sotong-ikan berempah
Pek 250g : RM10
Pek 500g : RM15

Yang mana sedap? Dua-dua sedap!!!! 

KUIH CINCIN


Emmm ni lah kuih cincin.. sedap, rangup, lemak & manis dari gula apong. Sekali rasa pasti jatuh cinta dengannya. Kuih tradisional ni sangat sesuai dihidang semasa perayaan, kenduri atau santai2 minum petang bersama keluarga dan rakan-taulan. Kebersihan & kualiti adalah 100% dijamin.

KUIH CINCIN ASLI SABAH
18 biji : RM10
38 biji : RM20

EMPING BELINJO 

Rasanya lemak dan sedikit pahit. Tapi ramai yang gemar akan rasanya termasuk kanak2. Emping ini juga selalu mendapat sambutan hangat dari tetamu yang berkunjung ke rumah. Biasanya ia digoreng kosong & ditabur sedikit garam. Cara goreng dia sama macam goreng keropok ikan atau keropok ubi ye.  


Emping belinjo atau melinjo dihasilkan dari biji buah belinjo yang ditumbuk hingga menjadi emping nipis. Nak tengok rupa buah dia..



Inilah buah belinjo & bijinya yang putih tu lah yang di tumbuk menjadi
emping yang kemudiannya di jemur hingga kering. Jadi emping ini memang dibuat dari bahan asli tanpa campuran sebarang bahan asing.

EMPING BELINJO MENTAH
100G : RM5 (MINIMA 5 PEK)


Emping belinjo yang telah digoreng.


EMPING BELINJO LEMAK MANIS / MANIS PEDAS
250G : RM10/PEK

* SEMUA HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN.

BERMINAT NAK ORDER? SILA ISI BORANG ORDER ATAU SMS/WHATSAPP KE 012- 8398783 (Bell Hidaya)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...