Followers

Saturday, February 16, 2013

RUMPAI LAUT GRED AAAA (HIJAU)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Malam ni nak kenalkan keluarga baru rumpai laut kami iaitu rumpai gred AAAA (green, white green & blue green)


Gred 4A pek 1kg


Gred AAAA white green


Terbaek dari ladang. Gerenti fresh dari tempat pengeringan.


Blue Green.. Ini gred teratas dalam keluarga rumpai hijau.
Paling RARE dan paling sukar diperolehi.


Bandingan rumpai Hijau dan Biru Hijau

Kedua-dua jenis gred 4A ini sangat limited & susah nak dapat...
dan.... sangat laris..!!


Ni la siri 3A dan 4A kami. 
Gred 3A ~ Dark purple, light purple & flower purple (yellow tips)
Gred 4A ~ White green & dark purple green

Gred AAA & AAAA


White Green semasa di cuci 


Sama juge ye.., kena basuh 5 - 6 kali 


 Ni lah rupa White Green yang telah direndam selama 24 jam


Close up white green yang telah direndam selama 24 jam 
dan sedia untuk direbus. Rebus selama 15 -20 minit sahaja.

Apa beza 3A dengan 4A? 
Pertama sekali ofkos lah warnanya. Tapi perlu diingat... gred 4A ni bukan 100% berwarna hijau. Yang PurleGreen adalah gabungan ungu dan hijau tua dan yang WhiteGreen pula adalah gabungan putih, biru, ungu dan hijau.

Kedua,gred 4A bukan sahaja kaya dengan antioksida serta zat-zat lain yang amat diperlukan oleh tubuh seperti protien, zat besi, kalsium, vitamin B kompleks, asid amino, omega-3, iodin, magnesium dan zink untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.. malah gred 4A kaya dengan KLOROFIL. 

Apa tu Klorofil? 
Pada asasnya klorofil ialah pigmen hijau pada tumbuhan dan sangat penting dalam proses fotosintesis dimana ia menukar tenaga cahaya matahari kepada makanan dan tenaga pada tumbuhan.

Jadi apa kebaikannya kepada manusia?
Walaupun kadar kehijauannya kurang, alga hijau ini kaya dengan Klorofil, beta-kerotina, protien dan asid amino. Kandungan protien dalam alga hijau ini adalah 11.16% berbanding dengan 1.8% dalam kubis bunga. Manakala klorofil semulajadi ini mengandungi khasiat:- 
Zink ~ menggalakkan kesihatan yang baik
Selenium ~ melindungi dan memperbaharui sel2 tubuh manusia.
Vitamin E ~anti penuaan, melicinkan kulit dan mencerdaskan otak.
Vitamin C ~ melembabkan kulit, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit dan mencergaskan badan.
Vitamin A ~ Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan
Omega-3 ~ Melicin & menganjalkan kulit.

Dengan gabungan zat yang ada dalam PMC berserta dengan kehadiran klorofil, PMC gred ini mampu:-
1. Memperbaiki luka atau lecet.
2. Membersihkan jaringan-jaringan tubuh manusia.
3. Membersihkan darah.
4. Membantu hati untuk menghasilkan sel darah merah. Orang yang sihat mempunyai lebih banyak sel darah merah berbanding mereka yang sakit.
5. Membersihkan organ dalaman manusia.
6. Meningkatkan kekebalan tubuh terhadap radikal bebas.
7. Melancarkan peredaran darah.
8. Memperbaiki sistem pencernaan, saluran kencing dan sistem pernafasan.
9. Anti barah.
10. Anti keradangan.
11. Kaya dengan antioksida - awat muda.
13. Melawaskan pembuangan air besar.
14. Memperbaiki masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
15. Sangat baik untuk mereka yang kurang makan sayur.
16. Meningkatkan kadar oksigen dalam darah.
17. Mencerdaskan otak.
18. Melicin, melembab dan menganjalkan kulit dan seluruh bahagian badan.
19. Memperbanyakkan air susu. (bagi mereka yang baru bersalin)


Ia umpama gandaan dari gred yang sedia ada iaitu gred AAA (purple) dan gred AA (kuning)

Perlu diingatkan.., oleh kerana khasiat pada alga hijau adalah berganda dari yang purle.. maka ia hanya boleh diminum, sekali sehari pada sukatan 100ml sahaja @ setengah gelas (1 sudu makan PMC + air + gula / madu + perahan limau / diblender dengan buahan segar).

Bermakna 100g adalah untuk penggunaan selama 5 - 6 minggu.

Siapa yang boleh makan / minum rumpai ni?
~ Lelaki & wanita ~
1. Warga tua 
2. Berumur 30 tahun ke atas.
3. Wanita yang menghampiri atau telah menopuos.
4. Pesakit kanser. 
6. Mereka yang baru lepas bersalin.
7. Mereka yang memiliki kulit sensetif.
8. Mereka yang menghadapi masalah penglihatan seperti rabun.
9. Pesakit sembelit/buasir, hipertension (darah tinggi), darah rendah, kencing manis dan sakit jantung.
10. Mereka yang mempunyai masalah kulit akibat jerawat, jeragat, jerawat batu, kudis, pigmentasi kulit akibat selaran matahari & luka lambat sembuh.

Untuk menjamin kandungan kolagen & antioksida serta zat dalam rumpai meresap dan menjalankan tugasnya dengan sempurna, anda :-

1. MESTI minum 4.5 liter air (ukuran 3 botol air mineral besar) sehari.., kerana PMC ni akan menyerap air dalam badan untuk membersihkannya dari garam, gula, kolesterol yang berlebihan. Jika anda kurang minum air, kulit anda akan kering dan tidak halus. 

2. KURANGKAN minum minuman berkafien seperti kopi, nescafe, teh, minuman bercoklat dan cola kerana bahan kafien ini menghalang badan kita dari menyerap zat pada rumpai. 

3. KONSISTEN dalam mengambil rumpai. Bukan hari ni minum, esok tak pas tu lusa sambung balik. rumpai ialah bahan semulajadi. Ia tidak mempunyai lemak untuk disimpan oleh badan. Khasiatnya akan diserap & digunakan oleh badan  SEPENUHNYA pada hari ia di ambil. Badan kita bukan seperti PETI SIMPANAN yang akan menyimpan zat2 tersebut. Jadi, kalau nak cepat cantik, cepat mulus, cepat montok.. minumlah rumpai anda setiap hari pada waktu yang tetap. Bukan hari ni minum pukul 8 pagi, esok minum pukul 10 pagi atau 10 malam. Disiplin sangat penting. Sama juge kalau kita ambil ubat kurus.. kalau tak disiplin.. tak hilang juge lemak tu..

Tanda-tanda rumpai berkesan ialah..
1. Kerap buang air kecil.
2. Lawas membuang air besar.
3. Bau badan hilang.
4. Ketagihan terhadap minuman berkafien berkurang/hilang.
5. Terasa amat segar semasa bangun pagi.
6. Tiada lagi sakit2 badan.
7. Kulit menegang dan kesan penuaan beransur hilang.
* Kesan2 di atas hanya akan berlaku jika anda minum banyak air & kurangkan minum minuman berkafien.



**** kesemua gambar di atas BUKAN gambar google. Mengambil gambar dari site ini tanpa kebenaran AMATLAH DILARANG.









Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...