Followers

Sunday, November 24, 2013

PROMO BOOTH SEPANJANG CUTI SEKOLAH SEKITAR TAWAU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Cuti sekolah dah pun bermula sejak 2 minggu lalu. Alhamdulillah ia memberi kami ruang untuk bergerai di sekitar pasar malam & pasar minggu Tawau. Maklumlah.. kami semua ni suri rumah yang sibuk dengan urusan anak2 semasa musim persekolahan. 

Sedar tak sedar, kami kini sudah bergelar Pembekal & Pengedar Tepung Magik & Cheese Powder Tawau. Dengan tema, "Hidangan ala Restoran Segera Di Rumah", matlamat utama booth promo kami ialah untuk bertemu dengan pelanggan, memberikan kesedaran bahawa mereka boleh membuat hidangan ala restoran segera dari dapur sendiri serta mengajak mereka merasai keenakan cheezy wedges buatan rumah atau homemade serta kopi pracampur stevia collagen edaran kami.

kami juga memberikan pelbagai idea2 penyediaan snek segera ala KFC dengan penggunaan Tepung Magik,i-Mukmin Cheezy Sauce powder dan i-MukminMashed Potato & Gravy mix set. Bukan itu sahaja, kami juga memberikan idea2 resepi gabungreka (fusion) seperti bergedel kentang, cottage pie, potato kebab, potato meat ball, potato cheese ball dengan menggunakan i-Mukmin Mashed Potato & Gravy; hidangan fish & chips, ayam goreng rangup & sayuran rangup ala tempura menggunakan Tepung Magik dan tidak ketinggalan mempelbagaikan hidangan sos cheezy seperti cheezy lekor, cheezy roti jon, cheezy burger, cheezy macaroni, sos cecahan, cheezy roti telur dan beberapa hidangan lain selain hidangan ikonik cheezy wedges.







Paling manis, usaha kami mendapat perhatian pembekal produk Stevia di Tawau dan memberikan kami kepercayaan untuk mempromosikan produk mereka. Kami yang kini berstatus stokis produk stevia, meningkatkan usaha memperkenalkan produk manisan pengganti gula ini kepada warga Tawau yang rata2 nya tidak tahu apa itu STEVIA & KHASIAT herba manis ini kepada kesihatan mereka. 

Kini hari demi hari, minggu demi minggu.., produk stevia khasnya kopi pracampur Stevia Collagen semakin mendapat perhatian pengguna di Tawau. Alhamdulillah. 

Bermula daripada 1 meja & 1 payung pada awal bulan November dan hanya berniaga seminggu sekali, booth kami kini berkembang kepada 2 meja & 1 kanopi dalam masa 2 minggu dan berniaga 3 kali seminggu tidak termasuk lokasi gerai jemputan atau permintaan. Mungkin biasa2 saja bagi anda, tapi bagi kami ia satu merupakan perubahan positif bahawa produk2 kami ini semakin diterima ramai.





Usaha mempromosi produk2 ini kan terus kami jalankan sepanjang bulan ni dan Disember depan dimana jadual lawatan ke beberapa lokasi tambahan termasuk daerah Kunak dan Lahad Datu telah kami rangka agar perancangan & pergerakan kami lebih teratur dan efektif. 

Semoga Allah memberikan kami rezeki dan mempermudahkan segala urusan kami sepanjang aktiviti promo. Niat kami cuma 1.., memberikan anda yang terbaik dan mengajak anda meluang sedikit masa di dapur untuk menyediakan hidangan enak penuh kasih sayang untuk keluarga tercinta. Aamiin. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...