Followers

Tuesday, September 24, 2013

SNEK RINGAN TEMPATAN SABAH..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ni nak perkenalkan tambahan rangkaian snek ringan tempatan kami yang baru. Sebelum tu.. kami nak gitau yang kami sedang mengadakan promosi Kombo Snek Tempatan untuk produk kuih cincin, amplang dan emping belinjo. Semuanya FREE POSTAGE ye.. 

Ok.. jom kita berkenalan dengan tambahan snek ringan tempatan.

1. Kuih Borasa / Borasak





Kuih Borasa ialah kuih tradisi masyarakat berketurunan Bugis. Di Tawau, masyarakat ini amat sinonim dengan masakan2 yang enak dan penuh berempah serta rajin berniaga. Masyarakat Bugis merupakan kaum terbesar yang menetap di Tawau bersama kaum2 lain seperti Tidung, Bolongan, Melayu, Cina, India, Bajau, Iban, Kadazan, Dusun, Visaya, Suluk, Jawa, Timor dan lain2. Jika anda berkunjung ke Tawau, anda dengan mudah boleh menjamu selera dengan masakan2 asli bugis seperti tempe goreng, masak likku, buras, ikan bakar berempah, nasi lalap, ais teler, kuih bangkek, borasa serta pelbagai jenis puding yang berwarna warni.

Kuih borasa ni seperti kuih bahulu cuma ia tidak segebu bahulu. Warna keperangannya terhasil dari adunan tepung gandum dengan gula merah. Permukaan kuih ini terdapat bijian bijan yang melengkapkan rasanya. Kuih ini amat sedap dimakan bersama minuman panas kegemaran anda. Kalau saya.., tentulah nescafe 'O' panas.. memang terangkat!!

KUIH BORASA
           RM5 : PEK KECIL (9PCS)
RM10: PEK BESAR

2. TASEN FISH CRACKER


Ni lah keropok kegemaran ramai. Mereka yang berasal dari Sabah atau membesar di Sabah.. pasti kenal akan keropok ni. Keropok ni AMAT SEDAP!! Tak percaya?.. cubalah order.. pasti BERBALOI!!!.. Memang sedap ok.. Bila2 adik ipar datang ke Tawau.., pasti ramai kawan2 nya yang memesan koropok ni sebagai ole2 dari Sabah selain kuih cincin dan amplang. Bila di tanya..serious keropok ni takde jual kat Semenanjung.. Betul ke tak.. tak taulah.. Yang pasti.. bila kak ke Semenanjung, pasti mereka pesan untuk borong keropok ni.. samalah citernye bila mereka ke Sabah, pasti kami transfer duit tuk borong bun Gardenia & Twiggiest.. (ndak ada jual tu di Sabah). Jadi sapa2 yang berminat boleh order kat sini ye..


TASEN FISH CRACKERS
RM2.50/PEK (BESAR)
ATAU 
RM20 / BUNDLE (10 PEK BESAR)

3. GAJUS GORENG/BEREMPAH


Rasanya lemak2 dan bila makan sukar untuk berhenti. Itulah penangan gajus goreng atau gajus goreng berempah. Ia juga sesuai sebagai pemanis meja kopi ketika majlis kenduri atau hari raya. Sedap dimakan dengan minuman sejuk atau panas.

GAJUS GORENG 
RM15 : 250G

GAJUS GORENG BEREMPAH
RM20 : 250G

SEMUA HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGEPOSAN.


Untuk memesan sila isi Borang Order atau SMS/ WhatsApp ke 012 8398783 (Bell Hidaya)


Jom lah order.. pasti berbaloi..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...