Followers

Thursday, June 6, 2013

REBUS RUMPAI LAUT + ESEN VANILA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Yup.. inilah yang di cuba & hasilnya amat memuaskan. Sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada seorang pelanggan tetap CuteToe yang memberikan resepi merebus rumpai + esen vanila. Beliau mendapat resepi ni dari rakan blogger beliau. Tak pula diberitahunya, siapa rakan blogger nyer tu. Apa pun, terima kasioh banyak kepda keduanya.

Jom kita cuba tips ni tuk menghilangkan bau hanyir air rebusan rumpai. 

Memula, macam biasa kita kena basuh rumpai laut kering tu 5 - 6 kali. Kemudian, rendam semalam dalam bekas tertutup. Kalau rajin tukar air rendaman selang 4 - 5 jam. Langkah ni elok tuk kurangkan bau hanyir rumpai tu.

Esoknya, bilas rumpai yang dah mekar dan kembang tu. Bilaslah 2 -3 kali gitu.  Lepas bilas rebus rumpai + daun pandan + esen vanila mengikut nisbah berikut:-


50g rumpai laut : 1.25L air : 1 cap esen vanila

Daun pandan tu, ikut suka korang lah. Nak letak sehelai atau 2 helai pun boleh. Pastikan daun pandan dikoyak ikut urat dan diikat. Ni tuk mengeluarkan wangian pandan. Esen vanila tu pulak, pakai mana2 brand pun boleh yer. Tapi Kak lebih suke pakai Star Brand. 

Masa rebus tu dapur kita wangi dek pandan & si esen vanila. Terasa macam ngah rebus agar2 la pulak. Serious wangi. 



Sejukkan sebentar air rebusan sebelum tuang ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila ia dah bertukar jadi jelly, jelly tu wangi vanilla & amat menyelerakan.

Ni kalau tak nak wat masker, boleh letak sekali gula batu. So jelly tu boleh terus makan tanpa risaukan bau hanyir.

Jom lah cuba.






Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...