Followers

Sunday, December 22, 2013

GERAI KAMI DI KOMPLEKS SUKAN TAWAU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Wah.. 2 hari kami berkampung di Kompleks Sukan Tawau sempena pertandingan KING OF BANDS 2013 anjuran Kelab Pemuzik 1 Malaysia Tawau. Kami  taklah ikut pukul drum atau main gitar kat situ.. kami bergerai di luar Dewan Tertutup kompleks tersebut. Kalau nak tau pertandingan ni disertai oleh 38 band dari seluruh Sabah dan mereka berentap untuk merebut gelaran King Of bands 2013 peringkat Sabah. Pertandingan ini turut dihadiri oleh Menteri Belia & Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang pada malam final beliau turut memperlihatkan bakatnya bermain biola untuk lagu Kehilangan (Firman) dan 2 lagu yang saya kirang pasti tajuknya. Memang best.

Bah.. enough about that.. kami mula bergerai seawal pukul 10 pagi hingga 11 malam. Gerai kami yang menghidangkan Ayam Goreng Tepung Magik (dalam menu Ayam goreng Cheese), Cheezy Wedges, kentang putar, minuman ringan dan nasi lalap, mendapat sambutan hebat dari para pengunjung. Memang sibuk kami menggoreng ayam & kentang wedges ya. Ni dapat tangkap gambar ni pun.. masa semua pengunjung masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan acara.  Masa time rehat.. memang tak menang tangan. 


 Kat belakang tu orang kuat hot kitchen kami.... anak sedara yang memang pandai masak..

 Kentang baji (wedges) & ayam Tepung Magik yang baru di goreng

 Kentang putar dalam bekas double boil dan gravy dalam termos hijau.
Hidangan ni dikuasakan oleh i-MUKMIN Mashed Potato & Gravy 250g... che..
Jangan tak tau, kami cuma bancuh 1 pek sahaja untuk memenuhkan bekas hidangan tu.. memang berbaloi.

 Ni lah rupa Ayam Goreng Tepung Magik. Yang ni telah diperap semalaman bersama Tepung Magik & kemudian di double coated sekali lagi dengan Tepung Magik.

 Menu kami... Amacam? harga best tak?

 Cheezy Wedges... Hidangan paling mendapat sambutan kanak2 & remaja (mak bapak dorang pun ikut sekali.. hahahaha)

 Front desk.

 Selain dari harum gorengan ayam, banner magik ni lah yang menarik pengunjung bertandang ke gerai. Terbaiklah. 

 Rehat kejap.. semua dah sedia.. lunch break sekejap lagi. Sorrylah.. kami hanya mampu sediakan 1 meja makan sahaja.

 Tu dia.. saiz ayam goreng kami.. RM3.50 je tu..

Awal bulan ni kami turut mendapat undangan untuk bergerai di Kunak. Nak tengok wajah2 orang disebalik CuteToe Online Shop? Meh saya perkenalkan..

Ni lah orang kuat CuteToe Online Shop.. saya Hidayati (ada sunglasses kat tudung) & adik saya.. Noraini.. Noraini ni tugas dia sebagai site casher & akaun. Pengalamannya dalam akaun department MISA Tawau (MISC) selama 16 tahun sangat membantu pengurusan wang company kami sendiri. 

Bah.. sampai sini sajalah.. lapar tengok ayam goreng tu.. nak ke dapur & goreng ayam Tepung Magik.. hehehehe... 

Sapa2 yang nak order tu boleh isi borang order ye. atau email pertanyaan anda ke bluebelluv@gmail.com 

Wasalam.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...