Followers

Saturday, June 8, 2013

KELUARGA BARU SABUN KECANTIKAN KAMI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Inilah keluarga terbaru sabun kecantikan kami. FACIAL SOAP PURE MARINE COLLAGEN. 

Sabun wajah ini diperbuat daripada rumpai laut asli dan diperkaya dengan sarang burung walit, serbuk mutiara asli serta minyak zaitun.

Sabun istimewa ini sangat membantu untuk :-

1. Mencerahkan kulit wajah
2. Melicinkan, menghalus & menganjalkan kulit
3. Melembab kulit wajah
4. Merawat jerawat & parut jerawat
5. Mengatasi masalah jeragat, kulit kering & berminyak

Sabun ini sesuai untuk semua jenis kulit. Sabun ini sangat kaya dengan protien, Vitamin A, Vitamin E, Polyphenol (salah satu ejen antioksida dalam minyak zaitun), kolagen asli dari sarang burung, asid amino dari rumpai laut & serbuk mutiara serta mineral-mineral seperti magnesium, zink, kalsium karbonat dan silikon yang baik untuk anti penuaan. 





Sabun ini terdapat dalam 3 warna dan 3 haruman berbeza tetapi fungsi ketiga-tiga sabun adalah sama. 

Jomlah cuba sabun ni.. memang berkesan dan berbaloi. 100% tanpa pengawet.


Beli 1 pc : RM35
Beli 2pcs : RM65
Beli 3pcs : RM90

Ader diskaun istimewa untuk yang ingin memborong!

Marilah order hari ni. Sila isi BORANG ORDER. 


Thursday, June 6, 2013

REBUS RUMPAI LAUT + ESEN VANILA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Yup.. inilah yang di cuba & hasilnya amat memuaskan. Sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada seorang pelanggan tetap CuteToe yang memberikan resepi merebus rumpai + esen vanila. Beliau mendapat resepi ni dari rakan blogger beliau. Tak pula diberitahunya, siapa rakan blogger nyer tu. Apa pun, terima kasioh banyak kepda keduanya.

Jom kita cuba tips ni tuk menghilangkan bau hanyir air rebusan rumpai. 

Memula, macam biasa kita kena basuh rumpai laut kering tu 5 - 6 kali. Kemudian, rendam semalam dalam bekas tertutup. Kalau rajin tukar air rendaman selang 4 - 5 jam. Langkah ni elok tuk kurangkan bau hanyir rumpai tu.

Esoknya, bilas rumpai yang dah mekar dan kembang tu. Bilaslah 2 -3 kali gitu.  Lepas bilas rebus rumpai + daun pandan + esen vanila mengikut nisbah berikut:-


50g rumpai laut : 1.25L air : 1 cap esen vanila

Daun pandan tu, ikut suka korang lah. Nak letak sehelai atau 2 helai pun boleh. Pastikan daun pandan dikoyak ikut urat dan diikat. Ni tuk mengeluarkan wangian pandan. Esen vanila tu pulak, pakai mana2 brand pun boleh yer. Tapi Kak lebih suke pakai Star Brand. 

Masa rebus tu dapur kita wangi dek pandan & si esen vanila. Terasa macam ngah rebus agar2 la pulak. Serious wangi. 



Sejukkan sebentar air rebusan sebelum tuang ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila ia dah bertukar jadi jelly, jelly tu wangi vanilla & amat menyelerakan.

Ni kalau tak nak wat masker, boleh letak sekali gula batu. So jelly tu boleh terus makan tanpa risaukan bau hanyir.

Jom lah cuba.






Tuesday, June 4, 2013

KAMI MULA BEROPERASI ESOK...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..



Salam semua rakan & pelanggan CuteToe Group, semua stok baru rumpai gred AA, AAA, & AAAA serta rangkaian sabun rumpai telahpun sampai. Kedai online kami akan dibuka esok & urusan penghantaran akan bermula seawal pukul 10 pagi.

Pre-order dibuka sekarang untuk semua produk tepung kek, rumpai, sabun rumpai & sabun glutathione.

Selamat memesan.

Wednesday, May 22, 2013

PENGUMUMAN CUTI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..




Kepada semua pelanggan yang dihargai,

Semua rangkaian kedai online kami akan mula bercuti pada 24 Mei - 4 Jun 2013. 

Sempena cuti sekolah ini, saya ingin meluangkan masa untuk bercuti bersama keluarga.. cuti2 Malaysia...Ke mana? Hah tu nanti balik baru citer yer..

So, semua urusan perniagaan akan ditangguhkan sehingga 5 Jun 2013. 

Sekian. Terima kasih kerana telah berlanggan dengan kami.


Sunday, May 5, 2013

KEMILAU MUTIARA SABAH 3 (KOLEKSI BROOCH BESAR)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Rujukan koleksi kami:-

Koleksi 1
Koleksi 2

Malam ni kak kenalkan lagi koleksi brooch besar kami (1pc besar & 1pc kecil.) Cukup cantik & sesuai untuk menambah seri tudung & shawl anda. 


 SET BROOCH BESAR MS009
RM35/SET

 SET BROOCH BESAR MS010
RM35/SET

SET BROOCH BESAR MS011
RM35/SET
(JADE , DELIMA & RUBY BUATAN)
Jade : Hijau
Delima : Kuning
Ruby : Merah


** Harga tidak termasuk kos pos.

Berminat nak order? Sila isi BORANG ORDER ye. Thank u.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...