Followers

Sunday, January 13, 2013

RUMPAI LAUT SABAH ~ KHAZANAH ALAM UNTUK KITA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sabah dikurniakan dengan pelbagai khazanah alam yang amat bermanfaat untuk kesihatan kita. Antara yang paling menarik ialah rumpai laut Euchema Cottoni. Kenapa ia menarik? Sebab khasiatnya setanding dengan alga spirulina & cendawan ganoderma.

Rumpai laut asli ini tidak hidup di sebarang perairan...spesis rumpai laut ni tumbuh dengan banyak terutamanya di negeri sabah, khasnya di perairan Semporna, Kunak dan sebahagian kecil kawasan perairan Tawau. Ia hanya didapati tumbuh dalam air yang tenang iaitu kawasan yang mempunyai pengaliran air perlahan supaya nutrien dibawa dan diganti secara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut. Kawasan laut pula mesti bersih, jauh dari kesibukan lalu lintas bot atau kapal, terlindung dari arus ombak yang kuat, angin kuat, kawasan batu karang dan berpasir adalah yang paling sesuai. Kemasinan air adalah antara 27-35 bhgn dlm seribu (ppt). Suhu air pula antara 25C-30C. kira bukan boleh hidup di sebarangan tempat. 

Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

Rumpai laut ini secara saintifiknya mengandungi iodin, protien, asid amino, beta kerotien, kalsium, zat besi dan antioksida yang tinggi berbanding sayuran darat..., memberikannya kuasa penyembuhan maksima terhadap penyakit-penyakit kronik seperti barah, tiroid, kencing manis & darah tinggi. rumpai juga mempunyai kandungan fiber yang bertindak sebagai ejen pelawas yang baik untuk sistem perut kita.

Kandungan antioksida asli yang tinggi amat mujarab untuk melambatkan proses penuaan, melicinkan kulit, merawat jerawat & menjaga kestabilan berat badan.

Cara penggunaan:-
1. Minuman - rebus 100g dengan 2.5 liter air
2. Masker - rebus 100g dengan 1.5 liter air
3. Mandian rumpai - rendam rumpai pada waktu pagi dalam baldi/besen/bath tub. Balik kerja nanti (sekitar pukul 5 atau 6 petang), mandian kcantikan dan amat menenangkan anda telah sedia. Gunakan rumpai kembang sebagai scrub badan.
4. Kerabu - rendam rumpai 20 - 24 jam. Kerap ganti air rendaman. Kemudian potong kecil2. Campurkan dengan cincangan mangga / nenas, hirisan bawang merah, hirisan cili merah, sedikit belacan / udang kering, garam, gula dan perahan limau kasturi
* sesuai juga di campur dalam kerabu pucuk paku, kerabu kerang dan lain-lain. 

Cara:- 
a. Basuh 100g PMC 5 - 6 kali. 
b. Kemudian rendam semalam. Kerap ganti air rendaman untuk kurangkan hanyir. 
c. Selepas tu basuh lagi & toskan.
d. Campurkan PMC dengan 2.5 liter air. 
e. Rebus selama 20 - 30 minit sahaja. Tutup api dan biarkan ia sejuk seketika.
f. Tapis. Lenyek2 ngan senduk semua gel yang tinggal pada tapisan agar semua rumpai halus tertapis. Kacau rata.  
g. Sejukkan. 
h. Gel rumpai anda suda sedia untuk digunakan sebagai minuman. Sangat sedap jika dicampurkan dengan jus limau kasturi + madu / gula.
i. Gunakan cara yang sama untuk membuat masker cuma rebus dengan 1.5 liter air sahaja.

Jika anda ingin kekal sihat... rumpai laut boleh membantu anda jika diambil sekurang-kurangnya satu hindangan setiap hari. Bila nak minum? Terpulang.. paling baik pada awal pagi semasa perut kosong.

Semasa pengambilan sangat digalakkan supaya anda meminum banyak air kosong (4.5 liter air).

Gred AAA (purple) & Gred AA (golden)


Ni rupa air rebusan rumpai 
Gred AAA (sedikit gelap)
Gred AA (kekuningan)
Yang ini pulak air rebusan rumpai gred AAAA
cawan - masker
balang - minuman

Ni rupa rumpai yang dah direndam.

















Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...