Nak minuman sedap & penuh ngan kolagen dan zat? Ader banyak cara orang guna nak buang bau hanyir laut Ibu Kolagen. Ader yang rebus ngan pandan dan macam2 lagi. Yang ni pulak cara kegemaran saya & gerenti takde bau hanyir laut lagi... sebaliknya ia akan menjadi minuman yang paling sedap yang pernah anda minum... Jom kak tunjukkan.
1. Memula amik 100g PMC. Kak guna yang ungu (gred AAA)
2. Seperti biasa, kena basuh 5 hingga 6 kali dulu sebab PMC mentah ni diselaputi oleh garam mineral asli air laut. So bila nampak yang putih2 tu bukan kulat ye atau pasir. Itu garam ye dek...
3. Hehehe... saje je ni... seluruh proses pembasuhan sampai rebus kak gune air bertapis untuk tingkatkan kadar oksigen. Masa rebus pulak, kalau guna air tapis pencemaran klorin dapat dielakkan.
4. Rendam PMC semalaman dalam bekas bertutup...Untuk kurangkan rasa hanyir, kena rajin ganti air rendamannyer ni tau. Iklan jap..lawa tak bekas Tupperware kak.... hehehehhe... ini Tupperware tau bukan tipuware...
5. Inilah rupa PMC yang dah kembang lepas direndam semalaman. 20-24 jam yer. Ini penting untuk meminimakan masa merebus. Sebab kalau rebus lama sangat.. habis sume khasiat dier musnah semasa proses rebusan.
6. Basuh PMC dan tos.
8. Lepas disimpan dlm fridge, air rebusan ni menjadi sedikit kental seperti agar2 terlebih lembek tu. Cedok 2 - 3 sudu makan PMC ke dalam gelas atau mug. Ni kak buat 2 mug pasal anak dare kak pun suke minum.
9. Tambah 2 sudu teh gula / madu. ikut suka korang lah.. Kemudian tuang sedikit air panas. Gel tu akan segera mencair tau. Kacau rata sampai gula larut & tuang air sejuk. Kacau lagi.
10. Last sekali, perahkan 1 atau 2 biji limau kasturi. Kak suka 2 biji.. nyamannn.... kata orang Brunei...
11. Dah siap minuman enak tanpa bau hanyir yang penuh dengan kolagen.. Secara tak langsung anda telah menambah Vitamin C semulajadi dari limau ke dalam minuman anda. Kolangen & Vitamin C adalah gabungan mantap untuk kulit yang mantap.
Selamat mencuba....
Kalau nak tau kak ader banyak resepi minuman yang sedap2 belaka. konfem tak bosan dan tak hanyir. Klik sini untuk RESEPI
No comments:
Post a Comment