Kata orang, kalau nak jual sesuatu produk tu, kenalah test sendiri dulu. Berkesan ke tak..
Mami ni ader masalah jeragat pada hidung dan jerawat pada wajah. Buka tu je.. garis kedutan halus dah jelas kelihatan di sekitar mata, bawah mata, kelopak mata dan garis senyum. ye lah kan... dah 39 tahun pulak kak ni. Tahun depan In Shaa Allah, kalau masih bernafas.., genap lah kak 40 tahun. Kat gambar ni tak berapa jelas tapi garis kedutan halus dah kelihatan di dahi juge.
Oleh kerana rumpai ni 100% asli, 100% mentah dan tidak dproses serta 100% organik.. ,maka kak teruja nak cuba.. tak rugi aper pun.
So, inilah perubahan kulit wajah kak selepas meminum rumpai purple & menepek masker selama 3 minggu... Kak ni tak regular menepek masker ni.. tu yang lambat kot hasilnya..
Jeragat pada hidung dan pikmentasi kulit semakin baik. Gambar sebelum tu, kak pakai bedak.. gambar selepas ni langsung tak pakai. Pori-pori pada wajah jelas mengecil dan kulit nampak sekata.
So, macam mana nak guna masker? Macam mana nak buat? Kalau nak tau, masker ni ialah sisa air rebusan PMC. Lepas kita rebus tu, tapislah. Yang ditapis tu tuk minuman & sisa gel yang tinggal di tapisan tu.. simpan buat masker. Tapi ingat, kalau nak buat masker, rebus rumpai dengan air je.. JANGAN LETAK GULA.
Ni rupa sisa gel.. yang ni buat masker ye. Simpan je dalam fridge dalam bekas bertutup. Ia akan kekal moist. Jika disimpan dalam bekas terbuka, gel akan kering & keras.
Yang dalam bekas tinggi tu... air rebusan yang telah siap bertapis dan ready tuk ditutup & dimasukkan ke dalam fridge. Dalam mangkuk ialah sisa rumpai.. tuk masker.
Untuk guna, just sapu & tepek2 kan je kat wajah. Biarkan je ia kering sendiri. Sambil tu boleh lah buat kerje rumah ke sidai kain ke..
Tumpukan gosokan pada bahagian yang bermasalah seperti tepi hidung, atas hidung, pipi, dagu dan dahi. Gosok dek..jangan tak gosok..
Bila semua masker dah tanggal.., baru lah p cuci dengan air. Tak perlu gunakan pencuci muka bebagai.
Selepas 2 minggu, kulit wajah jelas tegang dan pori jelas mengecil. Jeragat telah bersih sepenuhnya.
Garis kedutan halus pada tepi mata, hilang sepenuhnya.
Garisan kedut halus pada kelopak mata telah berkurangan.
Tiada lagi eye-bag (bakup) dan lingkaran gelap telah hiang. Kedutan halus bawah mata pun telah berkurangan.
Akhir sekali, garis kedutan pada garisan senyum langsung tidak kelihatan..
jelly rumpai ni juga baik untuk rawatan kulit kepala.
Rawatan ini sangat baik untuk menyuburkan rambut, membantu pertumbuhan semua rambut, merperbaiki masalah keguguran rambut dan kelemumur. Rawatan ini juga dapat memulihkan sakit kepala.
Untuk rawatan tumit kaki kasar / merekah.., apa kata kita berspa kaki di rumah. Caranya mudah je. Rendam rumpai semalaman. Jangan tukar air rendaman ya. Kemudian tuang rumpai yang dah kembang bersama-sama dengan air rendamannya sekali ke dalam besen. Campurkan setengah gelas air panas. agak2 air rendaman menjadi suam. Masukkan kaki dan gosok2 bahagian tumit, buku lali dan seluruh tapak kaki dengan rumpai yang kembang tadi. Kira macam rumpai tu jadi scrub lah. Buat seminggu 2 kali. Rawatan ini bukan saja memperbaiki struktur kasar tumit dan kaki, malah ia juga baik untuk peredaran darah.., dimana garam galian pada rumpai akan menenangkan kulit kaki. Gosokan rumpai pulak bertindak sebagai urutan refleksilogi ringan yang membantu untuk kelancaran peredaran darah di sekitar kaki dan membuang sisa kulit mati.
Orait. Cukup sampai sini ye... kak nak bermasker lagi...bermanja diri la katakan.. sebelum tu nak share jugak kesan positif pada tangan kak lepas minum rumpai ni.
Kulit tangan & tapak tangan semakin halus dan kesan penuaan / kering semakin hilang. Kutikel celah kuku pun dah takde. Alhamdulillah. Kulit part badan yang lain pun semakin tegang & halus.. dan.. bau badan pun dah hilang. Dah 2 bulan ni tau tak pakai deodoran. Kalau keluar shopping atau jalan2 ngan keluarga pun, kak tak pakai deodoran. Cuma sembur perfume je kat tudung.. Actually kalau tak pakai perfume pun tak per cuma nanti En. Suami heran, napa kak tak pakai2 perfume yang dia belikan. Kecik ati pulak nanti. Ok lah melalut pulak kak ni..
Kulit tangan & tapak tangan semakin halus dan kesan penuaan / kering semakin hilang. Kutikel celah kuku pun dah takde. Alhamdulillah. Kulit part badan yang lain pun semakin tegang & halus.. dan.. bau badan pun dah hilang. Dah 2 bulan ni tau tak pakai deodoran. Kalau keluar shopping atau jalan2 ngan keluarga pun, kak tak pakai deodoran. Cuma sembur perfume je kat tudung.. Actually kalau tak pakai perfume pun tak per cuma nanti En. Suami heran, napa kak tak pakai2 perfume yang dia belikan. Kecik ati pulak nanti. Ok lah melalut pulak kak ni..
No comments:
Post a Comment