Followers

Friday, February 15, 2013

TERAPI RUMPAI LAUT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Jual, jual, jual.. tapi pernah ke kita terangkan pada customer kita pasal beberapa perkara penting yang WAJIB pembeli tahu? Ramai orang diluar sana tau akan kebaikan rumpai laut dari kengkawan mereka atau sekadar dengar2 je... dan mereka berebut-rebut nak beli sebab mereka nak rasai apa yang mereka dengar. 

Tapi tahu kah anda.. jika anda hanya mengambil rumpai tanpa mengetahui beberapa perkara yang menjadi inti pati keberkesanan produk ini terhadap anda... silap2 lain yang anda impikan..lain pulak yang jadi. Yang di impikan kulit mulus dan gebu sebaliknya yang jadi kulit kering dan tidak bermaya. Napa boleh jadik macam tu ye? 

Berikut ialah soalan2 yang sering diajukan pada kak. Semoga menjadi panduan untuk anda.

1. Bila dan berapa banyak nak minum?


Jawapan : Sebaiknya awal pagi sebelum sarapan. 200ml atau segelas (2-3 sudu makan rebusan rumpai + air + madu atau jus buah atau blender ngan buah-buahan segar). Sekali sehari sudah memadai. Ingat, sesuatu yang baik jika di ambil secara berlebihan akan menjadi tidak baik. Contohnya madu.., ia merupakan bahan semulajadi yang sangat mujarab untuk merawat beberapa penyakit, namun ia boleh menjadi racun jika diambil secara berlebihan. Sama juga dengan limau/oren. Ia sangat kaya dengan vitamin C, tapi kalau berlebihan kita akan mengalami gangguan perut dan demam. Demikian jugalah rumpai. Mentang2 kita dengar rumpai ni bagus, natural..kita bantai sampai 5 -10 gelas sehari. Jangan ye.. buat sesuatu tu biarlah berpada. 

Pengambilan rumpai secara berlebihan sangat dikhuatiri akan keracunan iodin yang berupaya menyebabkan sakit perut, reput tulang, lemah badan, dan ketidak seimbangan hormon.
Pengambilan rumpai juga perlu tetap. Bukan hari ni minum.., esok tak. Lepas tu lusa sambung balik atau hari ni minum pukul 8 pagi.., esok pukul 10 pagi kalau tak pun petang atau malam. Cuba elakkan ye. Kalau nak cepat mulus, cepat tegang, cepat anjal.. disiplinkan diri anda. Minumlah PMC anda secara rutin dan tetap. Bukan sekali banyak dan harapkan keajaiban berlaku pada keesokan harinya. Sama juga macam anda mengambil produk pelangsingan, kalau tak betul minumnya.. kejap minum, kejap tak.. alamat takde kurus2 nyer tuh. Bazir duit je.

2. Perlukah minum banyak air kosong? 


Jawapan: PERLU dan sangat penting! Hah kak siap merahkan lagi tulisan tu sebab memang betul2 PENTING!! Anda WAJIB minum 4.5 liter air kosong (sebanyak 3 botol air mineral besar)sehari. Air ialah kunci utama keberkesanan produk ini. Sebabnya, rumpai memerlukan bendalir yang banyak untuk menyerap lebihan garam. gula dan kolesterol juga membersihkan dalaman tubuh anda. Buktinya, anda akan kerap buang air kecil, berpeluh dan najis anda berwarna hitam pada awal minggu pengambilan. Jika anda tidak minum cukup air kosong, anda akan mengalami kekeringan dan kulit anda tidak halus seperti yang anda mahukan. Jadi.. minumlah air secukupnya bagi membenarkan tubuh anda menerima terapi rumpai secara wajar dan sihat.

3. Benarkah tidak boleh minum nescafe atau teh? Kenapa eh?


Jawapan:- Benar. Bukan setakat nescafe atau teh saja, malah semua minuman berkafien seperti cola, minuman bercoklat dan semua jenis kopi seperti white coffee, expresso, mocha dan yang sekawan dengannya. Sebabnya.., kafien yang terdapat dalam minuman2 ini menghalang badan daripada meresap khasiat dan zat penting dalam rumpai. Sebenarnya, bukan rumpai je begitu, ubat-ubatan lain seperti vitamin C, produk pelangsingan, ubat penahan sakit dan antibiotik juga akan kurang berkesan apabila kita mengambil minuman berkafien. Kalau nak minum juga sebaiknya, 2 jam selepas anda mengambil PMC. Kalau dapat kurangkan sukatan minuman anda ya.

4. Benarkah vitamin C mempercepatkan proses penyerapan khasiat rumpai?


Jawapan: Benar. Vitamin C membantu mempercepatkan penyerapan khasiat rumpai. Sebab itu, dalam minuman rumpai sangat disarankan dicampur dengan perahan limau. Ia bukan sahaja membuang bau hanyir rumpai bahkan perahan limau itu mengandungi Vitamin C semulajadi yang sangat membantu  mempercepatkan proses penyerapan zat oleh badan kita.

5. Apakah tanda2 awal yang menunjukkan pengambilan rumpai berkesan pada kita?


Jawapan: kerap membuang air kecil, berpeluh, lawas membuang najis dan najis berwarna hitam, bau badan hilang, ketagihan pada teh atau kopi berkurang atau hilang, terasa sangat bertenaga dan anda semakin cergas. Apabila semua tanda2 ini muncul, kulit wajah dan badan anda akan berubah menjadi lebih halus, gebu dan anjal... syaratnya..minum banyak air kosong ye. Baru jadi tuh.


6. Kenapa ye, lepas ambil rumpai ni saya sakit? 

Jawapan : Inilah yang dikatakan sebagai gejala KRISIS PENYEMBUHAN (HEALING CRISIS). Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun. Dah bermacam2 benda masuk dalam tubuh kita. Bahan2 kimia, pengawet, ubat2 hospital, lemak2 dan macam-macam lagi. Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa seperti demam, tekak perit, sakit badan, sakit sendi, sakit kepala dan muka ditumbuhi jerawat besar2Gejala kurang selesa ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

BAh.. sampai sini je tuk kali ni ye. Semoga N3 kali ni membantu anda menyelesaikan kekusutan atau masalah anda dengan pengambilan rumpai. Perlu diingatkan kesan perubahan antara sorang dengan sorang yang lain adalah berbeza. Ada yang berubah dalam seminggu dan ada yang berubah dalam berapa hari je.. tapi kak hanya dapat melihat perubahan positif pada diri kak selepas 3 minggu. Jadi jangan putus asa ye. Lengkapkan kitaran terapi selama 1 bulan. In shaa Allah.., anda akan melihat kesannya.

Wasalam.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...