Ramai yang dah tahu kebaikan rumpai laut. Jika diamalkan,ia sangat membantu dalam memulihkan struktur kulit, rambut, kuku dan yang paling penting ia memulihkan sel2 badan yang rosak akibat kemalangan atau parut pembedahan atau sedang mengalami proses penuaan. rumpai juga dikenal pasti mempunyai potensi yang besar untuk mencegah dan memulihkan banyak penyakit kronik seperti hipertensi (darah tinggi), kegagalan buah pinggang, penyakit jantung, kencing manis, barah, tiroid dan gaut. Kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein serta protien yang tinggi, membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.
Tapi... tak semua orang tahan nak minum rumpai ni hari2. Ader beberapa sebab:-
1. Tak tahan bau hanyir laut.
2. Tak tahu macam mana nak minum.
3. Bosan dengan resepi minuman yang sama setiap hari.
4. Tak tahu nak pelbagaikan penggunaan rumpai.
Dan banyak lagi sebab, kenapa ramai orang tak bertahan lama dalam mengamalkan rumpai. Kira macam hangat-hangat taik ayam lah..
Oleh kerana ramai sangat yang bertanya pasal resepi minuman, so malam ni kak nak share beberapa resepi minuman yang kreatif dan bertemakan buah-buahan.. Jom tengok.
1. Minuman koktel buah
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + sedikit air panas (untuk mencairkan gel) + Ayam Brand fruit cocktail (apa jenama pun boleh ye) ambil sekali jusnya + air sejuk + perahan sebiji limau mandarin kecik (nak pakai limau kasturi pun boleh ye). kacau sebati dan hidangkan.
2. Jus Syurga Impian.
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + sedikit air panas (untuk mencairkan gel) + beberapa slice buah peach tin (ambil sekali jusnya) + beberapa biji anggur hijau + sebiji ceri bertangkai + sebiji stoberi + perahan sebiji limau mandarin kecik (pakai limau kasturi / lemon pun orait tu). Kacau sebati dan hidangkan.
3. Smoothie TimuNenas
Ramuan : 2 sudu gel rumpai + beberapa hirisan timun + beberapa potong nenas + perahan lemon + 1 sudu teh gula (jika suka) + ais batu. Blender kesemua bahan & hidangkan.
4. Jus Anggur Hijau & Timun
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + beberapa biji anggur hijau + beberapa hiris timun + 1 sudu teh madu + air memenuhi gelas + perahan lemon. Blender semua bahan. Hidangkan.
5. Jus Rumpai Mangga
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + hirisan sebiji mangga + madu + air memenuhi gelas + perahan 1 biji limau kasturi. Blender semua bahan. Hidangkan dengan daun mint.
6. Smoothie Nenas Honey Dew
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + beberapa potong nenas + beberapa potong honey dew + perahan 1 biji limau kasturi + ais batu. Blender semua bahan.
7. Jus Stoberi
Ramuan : 2 sudu makan gel rumpai + sedikit air panas + jus strawberry ready made (sejuk) .. boleh beli kat supermarket + 1 biji perahan limau kasturi. Kacau sebati dan hidangkan.
8. Smoothie CarrotOrenNenas
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + beberapa hiris lobak merah + 1 biji oren + beberapa potong nenas + 1 sudu teh gula / madu + ais batu. Blender semua bahan & hidangkan.
9. Simple Lemonade
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + sedikit air panas + gula + air sejuk + perahan lemon. kacau sebati & hidangkan.
10. Jus Rozel Berlongan
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + sedikit air panas + Jus Rozel ready made + beberapa biji buah longan, buang biji / longan tin + air sejuk + perahan 1 biji limau kasturi. Kacau sebati dan hidangkan.
11. Strawberry Smoothie
Ramuan : 2 sudu makan gel rumpai + 3 biji strawberry segar + 2 sudu teh gula + perahan 1 biji limau kasturi + beberapa ketul ais batu. Blender semua bahan & hidangkan... yang ni minuman kak petang tadi.. sungguh segar.. sungguh sedap..
12. Sunquick berjelly rumpai
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + 1 sudu makan jus sunquick + air sejuk. Kacau sebati dan hidangkan.
Amacam? Ader yang meleleh air liur?.. Kalau nak tau rumpai ni natural.. yakni takde rasa cuma ada bau. Yang purle lebih kuat bau hanyir. Sebab itu, walau apa pun yang kita campur..buah ke jus ke.. jangan lupa perahkan i biji limau kasturi / sedikit lemon / limau nipis / oren ke dalam minuman kita tu. Ia akan MELENYAPKAN BAU HANYIR yang menjadi punca kita hilang selera nak minum PMC ni.
Selamat menikmati minuman kecantikan anda dengan rasa yang menyegarkan.
Nanti kak sambung, bagaimana nak pelbagaikan penggunaan rumpai... dari hidangan kerabu, salad hingga lah mandian kecantikan.. In Shaa Allah..
Wasalam.
1 comment:
wahh...meleleh air liur tgk resepi akak...ni kalu mnum bkn stakat sgelas je, 3 gelas pn jd...
Post a Comment