Followers

Sunday, December 22, 2013

GERAI KAMI DI KOMPLEKS SUKAN TAWAU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Wah.. 2 hari kami berkampung di Kompleks Sukan Tawau sempena pertandingan KING OF BANDS 2013 anjuran Kelab Pemuzik 1 Malaysia Tawau. Kami  taklah ikut pukul drum atau main gitar kat situ.. kami bergerai di luar Dewan Tertutup kompleks tersebut. Kalau nak tau pertandingan ni disertai oleh 38 band dari seluruh Sabah dan mereka berentap untuk merebut gelaran King Of bands 2013 peringkat Sabah. Pertandingan ini turut dihadiri oleh Menteri Belia & Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang pada malam final beliau turut memperlihatkan bakatnya bermain biola untuk lagu Kehilangan (Firman) dan 2 lagu yang saya kirang pasti tajuknya. Memang best.

Bah.. enough about that.. kami mula bergerai seawal pukul 10 pagi hingga 11 malam. Gerai kami yang menghidangkan Ayam Goreng Tepung Magik (dalam menu Ayam goreng Cheese), Cheezy Wedges, kentang putar, minuman ringan dan nasi lalap, mendapat sambutan hebat dari para pengunjung. Memang sibuk kami menggoreng ayam & kentang wedges ya. Ni dapat tangkap gambar ni pun.. masa semua pengunjung masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan acara.  Masa time rehat.. memang tak menang tangan. 


 Kat belakang tu orang kuat hot kitchen kami.... anak sedara yang memang pandai masak..

 Kentang baji (wedges) & ayam Tepung Magik yang baru di goreng

 Kentang putar dalam bekas double boil dan gravy dalam termos hijau.
Hidangan ni dikuasakan oleh i-MUKMIN Mashed Potato & Gravy 250g... che..
Jangan tak tau, kami cuma bancuh 1 pek sahaja untuk memenuhkan bekas hidangan tu.. memang berbaloi.

 Ni lah rupa Ayam Goreng Tepung Magik. Yang ni telah diperap semalaman bersama Tepung Magik & kemudian di double coated sekali lagi dengan Tepung Magik.

 Menu kami... Amacam? harga best tak?

 Cheezy Wedges... Hidangan paling mendapat sambutan kanak2 & remaja (mak bapak dorang pun ikut sekali.. hahahaha)

 Front desk.

 Selain dari harum gorengan ayam, banner magik ni lah yang menarik pengunjung bertandang ke gerai. Terbaiklah. 

 Rehat kejap.. semua dah sedia.. lunch break sekejap lagi. Sorrylah.. kami hanya mampu sediakan 1 meja makan sahaja.

 Tu dia.. saiz ayam goreng kami.. RM3.50 je tu..

Awal bulan ni kami turut mendapat undangan untuk bergerai di Kunak. Nak tengok wajah2 orang disebalik CuteToe Online Shop? Meh saya perkenalkan..

Ni lah orang kuat CuteToe Online Shop.. saya Hidayati (ada sunglasses kat tudung) & adik saya.. Noraini.. Noraini ni tugas dia sebagai site casher & akaun. Pengalamannya dalam akaun department MISA Tawau (MISC) selama 16 tahun sangat membantu pengurusan wang company kami sendiri. 

Bah.. sampai sini sajalah.. lapar tengok ayam goreng tu.. nak ke dapur & goreng ayam Tepung Magik.. hehehehe... 

Sapa2 yang nak order tu boleh isi borang order ye. atau email pertanyaan anda ke bluebelluv@gmail.com 

Wasalam.

Sunday, November 24, 2013

PROMO BOOTH SEPANJANG CUTI SEKOLAH SEKITAR TAWAU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Cuti sekolah dah pun bermula sejak 2 minggu lalu. Alhamdulillah ia memberi kami ruang untuk bergerai di sekitar pasar malam & pasar minggu Tawau. Maklumlah.. kami semua ni suri rumah yang sibuk dengan urusan anak2 semasa musim persekolahan. 

Sedar tak sedar, kami kini sudah bergelar Pembekal & Pengedar Tepung Magik & Cheese Powder Tawau. Dengan tema, "Hidangan ala Restoran Segera Di Rumah", matlamat utama booth promo kami ialah untuk bertemu dengan pelanggan, memberikan kesedaran bahawa mereka boleh membuat hidangan ala restoran segera dari dapur sendiri serta mengajak mereka merasai keenakan cheezy wedges buatan rumah atau homemade serta kopi pracampur stevia collagen edaran kami.

kami juga memberikan pelbagai idea2 penyediaan snek segera ala KFC dengan penggunaan Tepung Magik,i-Mukmin Cheezy Sauce powder dan i-MukminMashed Potato & Gravy mix set. Bukan itu sahaja, kami juga memberikan idea2 resepi gabungreka (fusion) seperti bergedel kentang, cottage pie, potato kebab, potato meat ball, potato cheese ball dengan menggunakan i-Mukmin Mashed Potato & Gravy; hidangan fish & chips, ayam goreng rangup & sayuran rangup ala tempura menggunakan Tepung Magik dan tidak ketinggalan mempelbagaikan hidangan sos cheezy seperti cheezy lekor, cheezy roti jon, cheezy burger, cheezy macaroni, sos cecahan, cheezy roti telur dan beberapa hidangan lain selain hidangan ikonik cheezy wedges.







Paling manis, usaha kami mendapat perhatian pembekal produk Stevia di Tawau dan memberikan kami kepercayaan untuk mempromosikan produk mereka. Kami yang kini berstatus stokis produk stevia, meningkatkan usaha memperkenalkan produk manisan pengganti gula ini kepada warga Tawau yang rata2 nya tidak tahu apa itu STEVIA & KHASIAT herba manis ini kepada kesihatan mereka. 

Kini hari demi hari, minggu demi minggu.., produk stevia khasnya kopi pracampur Stevia Collagen semakin mendapat perhatian pengguna di Tawau. Alhamdulillah. 

Bermula daripada 1 meja & 1 payung pada awal bulan November dan hanya berniaga seminggu sekali, booth kami kini berkembang kepada 2 meja & 1 kanopi dalam masa 2 minggu dan berniaga 3 kali seminggu tidak termasuk lokasi gerai jemputan atau permintaan. Mungkin biasa2 saja bagi anda, tapi bagi kami ia satu merupakan perubahan positif bahawa produk2 kami ini semakin diterima ramai.





Usaha mempromosi produk2 ini kan terus kami jalankan sepanjang bulan ni dan Disember depan dimana jadual lawatan ke beberapa lokasi tambahan termasuk daerah Kunak dan Lahad Datu telah kami rangka agar perancangan & pergerakan kami lebih teratur dan efektif. 

Semoga Allah memberikan kami rezeki dan mempermudahkan segala urusan kami sepanjang aktiviti promo. Niat kami cuma 1.., memberikan anda yang terbaik dan mengajak anda meluang sedikit masa di dapur untuk menyediakan hidangan enak penuh kasih sayang untuk keluarga tercinta. Aamiin. 


Friday, October 4, 2013

PROMO RANGKAIAN SABUN GLUTATHIONE : DISKAUN HEBAT + KOS POS PERCUMA.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Malam ni nak mulakan promosi diskaun bagi semua rangkaian sabun Glutathione kami

Sebenarnya, promo ini adalah atas permintaan peminat2 sabun kecantikan khasnya sabun ini. 

All right.. here's the deal... 
Pilih mana-mana 4 biji sabun kat bawah ni.. nak campur2 pun boleh pada harga RM50 + free postage.

Yup!! Anda tak salah dengar & tak salah lihat..


MANA-MANA 4 BIJI SABUN 
RM50 + 0 KOS POS




Sabun Glutathione Original Soap 150g
Kandungan yang terdapat dalam sabun ini:-
GLUTATHIONE
Membantu memudar dan menghilangkan masalah kulit seperti pigmentasi, jerawat dan parut jerawat, age spots dan freckles.
COLLAGEN
Membantu memberi kelembapan pada kulit wajah anda selepas dicuci dengan sabun ini & dapat menganjalkan kulit anda supaya kelihatan lebih tegang & gebu.
ARBUTIN
Arbutin dikenali sebagai bahan yang paling selamat dan efektif dalam pencerahan kulit muka. Arbutin menolong memperbaiki dan menjaga kulit yang rosak akibat daripada free radicals dan juga menolong menghalang pengeluaran melanin yang sangat banyak. Arbutin selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan toksik, hidroquinon atau apa2 bahan berbahaya. Tiga fungsi penting arbutin ialah : Whitening effects, anti- age effect and UVB/ UVC filter
KOJIC ACID
kojic acid lebih efektif daripada whitening ejen yang lain seperti hidroquinon yang berbahaya. Kojic acid selamat dan tidak mendatangkan efek yg berbahaya seperti hidroquinon tu. Ia adalah natural ekstrak yang mencerahkan cela2 dan parut.
Penggunaan yang berterusan akan membuatkan kulit lebih cerah, muda, bersinar dan kulit sekata tanpa apa2 masalah kulit dari sehari ke sehari. Formula unik ni akan membuatkan kulit kelihatan lebit cepat cerah, jerawat parut dan cela2 dimuka dapat dihilangkan.

EKSTRAK BETIK
Betik mempunyai kandungan vitamin C 2 kali lebih banyak daripada limau. Vitamin C merupakan unsur semulajadi yang amat baik untuk melicin dan melembabkan kulit. Selain itu, kandungan Vitamin A dan Papain nya membantu menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan wajah dari minyak berlebihan punca masalah jerawat.



New Black & White Glutathione Soap 150g

Sabun hitam putih ini mempunyai kandungan yang sama dengan yang putih oren cuma yang hitam putih ini diperkaya dengan pure marine collagen gred AAA yang membuatkan ia lebih berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit dengan lebih cepat termasuk masalah jeragat dan bintik hitam.



Bleaching Orignal Soap 150g

Sabun ini dirumus dengan gabungan Glutathione, asid Kojic, Vitamin C dan Pure Marine Collagen gred AAA & AAAA untuk mengaktifkan kolagen bawah kulit bagi mencerahkan kulit. 


Guava Orignal Soap 150g
Sabun guava atau jambu batu ini mengandungi minyak kelapa dara, ekstrak jambu batu dan glycerine sayuran. Sabun ini sangat baik untuk memulihkan sel kulit, merawat masalah kegatalan kulit, jerawat muka dan badan, acne dan masalah blackheads. Enzim jambu batu semulajadinya adalah antiseptik yang baik memulihkan luka2 kecil serta parut jerawat.
Kandungan minyak kelapa dara dalam sabun ini adalah tinggi dan mengandungi unsur antioksida semulajadi serta berfungsi sebagai pelembab, melembut kulit, menyingkir sel kulit mati serta membuatkan kulit anda lebih halus dan awet muda. 

Jadi? Apa tunggu lagi? Jom lah order.. offer terhad selama stok masih ada saja ya..

Untuk order, sila isi Borang Order
atau 
WhatsApp "nak diskaun sabun" ke 016 829 9608 (Hidayati)


Tuesday, September 24, 2013

SNEK RINGAN TEMPATAN SABAH..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ni nak perkenalkan tambahan rangkaian snek ringan tempatan kami yang baru. Sebelum tu.. kami nak gitau yang kami sedang mengadakan promosi Kombo Snek Tempatan untuk produk kuih cincin, amplang dan emping belinjo. Semuanya FREE POSTAGE ye.. 

Ok.. jom kita berkenalan dengan tambahan snek ringan tempatan.

1. Kuih Borasa / Borasak





Kuih Borasa ialah kuih tradisi masyarakat berketurunan Bugis. Di Tawau, masyarakat ini amat sinonim dengan masakan2 yang enak dan penuh berempah serta rajin berniaga. Masyarakat Bugis merupakan kaum terbesar yang menetap di Tawau bersama kaum2 lain seperti Tidung, Bolongan, Melayu, Cina, India, Bajau, Iban, Kadazan, Dusun, Visaya, Suluk, Jawa, Timor dan lain2. Jika anda berkunjung ke Tawau, anda dengan mudah boleh menjamu selera dengan masakan2 asli bugis seperti tempe goreng, masak likku, buras, ikan bakar berempah, nasi lalap, ais teler, kuih bangkek, borasa serta pelbagai jenis puding yang berwarna warni.

Kuih borasa ni seperti kuih bahulu cuma ia tidak segebu bahulu. Warna keperangannya terhasil dari adunan tepung gandum dengan gula merah. Permukaan kuih ini terdapat bijian bijan yang melengkapkan rasanya. Kuih ini amat sedap dimakan bersama minuman panas kegemaran anda. Kalau saya.., tentulah nescafe 'O' panas.. memang terangkat!!

KUIH BORASA
           RM5 : PEK KECIL (9PCS)
RM10: PEK BESAR

2. TASEN FISH CRACKER


Ni lah keropok kegemaran ramai. Mereka yang berasal dari Sabah atau membesar di Sabah.. pasti kenal akan keropok ni. Keropok ni AMAT SEDAP!! Tak percaya?.. cubalah order.. pasti BERBALOI!!!.. Memang sedap ok.. Bila2 adik ipar datang ke Tawau.., pasti ramai kawan2 nya yang memesan koropok ni sebagai ole2 dari Sabah selain kuih cincin dan amplang. Bila di tanya..serious keropok ni takde jual kat Semenanjung.. Betul ke tak.. tak taulah.. Yang pasti.. bila kak ke Semenanjung, pasti mereka pesan untuk borong keropok ni.. samalah citernye bila mereka ke Sabah, pasti kami transfer duit tuk borong bun Gardenia & Twiggiest.. (ndak ada jual tu di Sabah). Jadi sapa2 yang berminat boleh order kat sini ye..


TASEN FISH CRACKERS
RM2.50/PEK (BESAR)
ATAU 
RM20 / BUNDLE (10 PEK BESAR)

3. GAJUS GORENG/BEREMPAH


Rasanya lemak2 dan bila makan sukar untuk berhenti. Itulah penangan gajus goreng atau gajus goreng berempah. Ia juga sesuai sebagai pemanis meja kopi ketika majlis kenduri atau hari raya. Sedap dimakan dengan minuman sejuk atau panas.

GAJUS GORENG 
RM15 : 250G

GAJUS GORENG BEREMPAH
RM20 : 250G

SEMUA HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGEPOSAN.


Untuk memesan sila isi Borang Order atau SMS/ WhatsApp ke 012 8398783 (Bell Hidaya)


Jom lah order.. pasti berbaloi..


Friday, September 20, 2013

PROMOSI KOMBO MAKANAN RINGAN TEMPATAN.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

(( Promo ini telah berakhir. Harap Maklum ))

Wahh.. makin ramai yang menggemari makanan ringan edaran kami. Dah ramai yang repeat order kerana kerangupan dan keenakan kuih cincin, amplang dan emping belinjo lemak manis/ manis pedas.

Atas permintaan ramai maka, hari ni nak start promo kombo bagi semua produk snek ringan tempatan kami. Yang bestnya... semua FREE POSTAGE PADA HARGA RM55 SAHAJA!!!!











Jadi... Apa tunggu lagi.. Jomlah order hari ni.. Anda pasti berpuas hati dengan mutu dan kesegaran produk kami... sebab ramai yang dah...


Untuk memesan sila isi Borang Order atau SMS/WhatsApp ke 016 829 9608


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...