Followers

Saturday, January 26, 2013

SEMBANG PETANG: STOK MINUMAN & MASKER PMC GRED AAA (PURPLE)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




Sebenonyer tak mende nak citer pun. Saje nak tayang stok minuman & masker Pure Marine Collagen (PMC) kak ni jer. Ha.. ini hasil rebusan 300g PMC purle + 9 liter air.  Ramai yang konfuis ni.. Lepas dok rebus, tengok air dia gelap, takut nak minum. Aiiseyyy... jangan macam tu. Air rebusan PMC purlpe ni memang agak gelap sikit dari air rebusan PMC kuning. So toksa risau ye.

Ramai juge yang tanya kak.. berapa lame nak rendam. Pasal ader yang cakap kena rendam 4 - 6 jam je pas tu dah boleh rebus. Tak bole redam lama nanti khasiat dia hilang. Betul ke tuh dek non oi... Sapa dok citer ni.. cer citer cer citer...

Rumpai laut ni tinggal dalam air. Tujuan ia dikeringkan supaya tahan simpan. Dan boleh digunakan bila2 kita nak. Kalau dalam keadaan basah ia kena digunakan time tu jugak. Proses pengeringan PMC tidak di buat di darat. Sebaliknya atas pelantar khas kat tengah laut tu. 

So, kenapa mesti direndam? Kenapa tak rebus terus?... Tujuan kita rendam tu ialah untuk mengembalikan struktur asal dalaman rumpai itu sendiri beserta nutrien yang ada padanya. Ia juga bertujuan untuk meminimakan masa rebusan. Lagi lama kita rebus lagi banyak kuantiti zat yang musnah akibat rebusan yang terlalu lama. 

Emmm.., berapa lama nak rendam? Paling baik antara 20 - 24 jam dimana pada masa itu, rumpai telah kembali ke bentuk asal beserta dengan sel-sel yang penuh dengan nutiren yang telah kecut akibat proses pengeringan. Pada ketika ini ia sangat sesuai di rebus dimana masa merebus dapat diminimakan kepada sekali didihan dan rumpai telah mula sebati dengan air. So, tak payah lah rebus lama2. 

Ok lah.. cukuplah info pasal PMC untuk petang ni. 

Selamat berhujung minggu!!!

Sunday, January 20, 2013

PURE MARINE COLLAGEN :CARA MUDAH NAK SEDIAKAN MINUMAN KECANTIKAN & TAK HANYIR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Nak minuman sedap & penuh ngan kolagen dan zat? Ader banyak cara orang guna nak buang bau hanyir laut Ibu Kolagen. Ader yang rebus ngan pandan dan macam2 lagi. Yang ni pulak cara kegemaran saya & gerenti takde bau hanyir laut lagi... sebaliknya ia akan menjadi minuman yang paling sedap yang pernah anda minum... Jom kak tunjukkan.

1. Memula amik 100g PMC. Kak guna yang ungu (gred AAA) 



2. Seperti biasa, kena basuh 5 hingga 6 kali dulu sebab PMC mentah ni diselaputi oleh garam mineral asli air laut. So bila nampak yang putih2 tu bukan kulat ye atau pasir. Itu garam ye dek...

3. Hehehe... saje je ni... seluruh proses pembasuhan sampai rebus kak gune air bertapis untuk tingkatkan kadar oksigen. Masa rebus pulak, kalau guna air tapis pencemaran klorin dapat dielakkan.

4. Rendam PMC semalaman dalam bekas bertutup...Untuk kurangkan rasa hanyir, kena rajin ganti air rendamannyer ni tau. Iklan jap..lawa tak bekas Tupperware kak.... hehehehhe... ini Tupperware tau bukan tipuware...

5. Inilah rupa PMC yang dah kembang lepas direndam semalaman. 20-24 jam yer. Ini penting untuk meminimakan masa merebus. Sebab kalau rebus lama sangat.. habis sume khasiat dier musnah semasa proses rebusan.

6. Basuh PMC dan tos.

7. Rebus PMC dengan 3 liter air. Banyak ni tau.. seperiuk dandangan jadinya. Rebus antara 20 - 30 minit sahaja. Semua PMC tidak kelihatan atau larut dalam rebusan. Lepas tu tutup api & tapis air rebusan tu. Sisa gel pada tapisan boleh dibuat masker kecantikan.(cara nak pakai masker: basuh muka dulu & sapu gel pada muka. biarkan ia kering sepenuhnya dimuka baru basuh ye)... Air rebusan tadi simpan dalam peti sejuk.

8. Lepas disimpan dlm fridge, air rebusan ni menjadi sedikit kental seperti agar2 terlebih lembek tu. Cedok 2 - 3 sudu makan PMC ke dalam gelas atau mug. Ni kak buat 2 mug pasal anak dare kak pun suke minum.

9. Tambah 2 sudu teh gula / madu. ikut suka korang lah.. Kemudian tuang sedikit air panas. Gel tu akan segera mencair tau. Kacau rata sampai gula larut & tuang air sejuk. Kacau lagi. 

10. Last sekali, perahkan 1 atau 2 biji limau kasturi. Kak suka 2 biji.. nyamannn.... kata orang Brunei...

11. Dah siap minuman enak tanpa bau hanyir yang penuh dengan kolagen.. Secara tak langsung anda telah menambah Vitamin C semulajadi dari limau ke dalam minuman anda. Kolangen & Vitamin C adalah gabungan mantap untuk kulit yang mantap.

Selamat mencuba....

Kalau nak tau kak ader banyak resepi minuman yang sedap2 belaka. konfem tak bosan dan tak hanyir. Klik sini untuk RESEPI




Sunday, January 13, 2013

RUMPAI LAUT SABAH ~ KHAZANAH ALAM UNTUK KITA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sabah dikurniakan dengan pelbagai khazanah alam yang amat bermanfaat untuk kesihatan kita. Antara yang paling menarik ialah rumpai laut Euchema Cottoni. Kenapa ia menarik? Sebab khasiatnya setanding dengan alga spirulina & cendawan ganoderma.

Rumpai laut asli ini tidak hidup di sebarang perairan...spesis rumpai laut ni tumbuh dengan banyak terutamanya di negeri sabah, khasnya di perairan Semporna, Kunak dan sebahagian kecil kawasan perairan Tawau. Ia hanya didapati tumbuh dalam air yang tenang iaitu kawasan yang mempunyai pengaliran air perlahan supaya nutrien dibawa dan diganti secara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut. Kawasan laut pula mesti bersih, jauh dari kesibukan lalu lintas bot atau kapal, terlindung dari arus ombak yang kuat, angin kuat, kawasan batu karang dan berpasir adalah yang paling sesuai. Kemasinan air adalah antara 27-35 bhgn dlm seribu (ppt). Suhu air pula antara 25C-30C. kira bukan boleh hidup di sebarangan tempat. 

Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

Rumpai laut ini secara saintifiknya mengandungi iodin, protien, asid amino, beta kerotien, kalsium, zat besi dan antioksida yang tinggi berbanding sayuran darat..., memberikannya kuasa penyembuhan maksima terhadap penyakit-penyakit kronik seperti barah, tiroid, kencing manis & darah tinggi. rumpai juga mempunyai kandungan fiber yang bertindak sebagai ejen pelawas yang baik untuk sistem perut kita.

Kandungan antioksida asli yang tinggi amat mujarab untuk melambatkan proses penuaan, melicinkan kulit, merawat jerawat & menjaga kestabilan berat badan.

Cara penggunaan:-
1. Minuman - rebus 100g dengan 2.5 liter air
2. Masker - rebus 100g dengan 1.5 liter air
3. Mandian rumpai - rendam rumpai pada waktu pagi dalam baldi/besen/bath tub. Balik kerja nanti (sekitar pukul 5 atau 6 petang), mandian kcantikan dan amat menenangkan anda telah sedia. Gunakan rumpai kembang sebagai scrub badan.
4. Kerabu - rendam rumpai 20 - 24 jam. Kerap ganti air rendaman. Kemudian potong kecil2. Campurkan dengan cincangan mangga / nenas, hirisan bawang merah, hirisan cili merah, sedikit belacan / udang kering, garam, gula dan perahan limau kasturi
* sesuai juga di campur dalam kerabu pucuk paku, kerabu kerang dan lain-lain. 

Cara:- 
a. Basuh 100g PMC 5 - 6 kali. 
b. Kemudian rendam semalam. Kerap ganti air rendaman untuk kurangkan hanyir. 
c. Selepas tu basuh lagi & toskan.
d. Campurkan PMC dengan 2.5 liter air. 
e. Rebus selama 20 - 30 minit sahaja. Tutup api dan biarkan ia sejuk seketika.
f. Tapis. Lenyek2 ngan senduk semua gel yang tinggal pada tapisan agar semua rumpai halus tertapis. Kacau rata.  
g. Sejukkan. 
h. Gel rumpai anda suda sedia untuk digunakan sebagai minuman. Sangat sedap jika dicampurkan dengan jus limau kasturi + madu / gula.
i. Gunakan cara yang sama untuk membuat masker cuma rebus dengan 1.5 liter air sahaja.

Jika anda ingin kekal sihat... rumpai laut boleh membantu anda jika diambil sekurang-kurangnya satu hindangan setiap hari. Bila nak minum? Terpulang.. paling baik pada awal pagi semasa perut kosong.

Semasa pengambilan sangat digalakkan supaya anda meminum banyak air kosong (4.5 liter air).

Gred AAA (purple) & Gred AA (golden)


Ni rupa air rebusan rumpai 
Gred AAA (sedikit gelap)
Gred AA (kekuningan)
Yang ini pulak air rebusan rumpai gred AAAA
cawan - masker
balang - minuman

Ni rupa rumpai yang dah direndam.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...