Followers

Saturday, February 16, 2013

RUMPAI LAUT GRED AAAA (HIJAU)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Malam ni nak kenalkan keluarga baru rumpai laut kami iaitu rumpai gred AAAA (green, white green & blue green)


Gred 4A pek 1kg


Gred AAAA white green


Terbaek dari ladang. Gerenti fresh dari tempat pengeringan.


Blue Green.. Ini gred teratas dalam keluarga rumpai hijau.
Paling RARE dan paling sukar diperolehi.


Bandingan rumpai Hijau dan Biru Hijau

Kedua-dua jenis gred 4A ini sangat limited & susah nak dapat...
dan.... sangat laris..!!


Ni la siri 3A dan 4A kami. 
Gred 3A ~ Dark purple, light purple & flower purple (yellow tips)
Gred 4A ~ White green & dark purple green

Gred AAA & AAAA


White Green semasa di cuci 


Sama juge ye.., kena basuh 5 - 6 kali 


 Ni lah rupa White Green yang telah direndam selama 24 jam


Close up white green yang telah direndam selama 24 jam 
dan sedia untuk direbus. Rebus selama 15 -20 minit sahaja.

Apa beza 3A dengan 4A? 
Pertama sekali ofkos lah warnanya. Tapi perlu diingat... gred 4A ni bukan 100% berwarna hijau. Yang PurleGreen adalah gabungan ungu dan hijau tua dan yang WhiteGreen pula adalah gabungan putih, biru, ungu dan hijau.

Kedua,gred 4A bukan sahaja kaya dengan antioksida serta zat-zat lain yang amat diperlukan oleh tubuh seperti protien, zat besi, kalsium, vitamin B kompleks, asid amino, omega-3, iodin, magnesium dan zink untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.. malah gred 4A kaya dengan KLOROFIL. 

Apa tu Klorofil? 
Pada asasnya klorofil ialah pigmen hijau pada tumbuhan dan sangat penting dalam proses fotosintesis dimana ia menukar tenaga cahaya matahari kepada makanan dan tenaga pada tumbuhan.

Jadi apa kebaikannya kepada manusia?
Walaupun kadar kehijauannya kurang, alga hijau ini kaya dengan Klorofil, beta-kerotina, protien dan asid amino. Kandungan protien dalam alga hijau ini adalah 11.16% berbanding dengan 1.8% dalam kubis bunga. Manakala klorofil semulajadi ini mengandungi khasiat:- 
Zink ~ menggalakkan kesihatan yang baik
Selenium ~ melindungi dan memperbaharui sel2 tubuh manusia.
Vitamin E ~anti penuaan, melicinkan kulit dan mencerdaskan otak.
Vitamin C ~ melembabkan kulit, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit dan mencergaskan badan.
Vitamin A ~ Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan
Omega-3 ~ Melicin & menganjalkan kulit.

Dengan gabungan zat yang ada dalam PMC berserta dengan kehadiran klorofil, PMC gred ini mampu:-
1. Memperbaiki luka atau lecet.
2. Membersihkan jaringan-jaringan tubuh manusia.
3. Membersihkan darah.
4. Membantu hati untuk menghasilkan sel darah merah. Orang yang sihat mempunyai lebih banyak sel darah merah berbanding mereka yang sakit.
5. Membersihkan organ dalaman manusia.
6. Meningkatkan kekebalan tubuh terhadap radikal bebas.
7. Melancarkan peredaran darah.
8. Memperbaiki sistem pencernaan, saluran kencing dan sistem pernafasan.
9. Anti barah.
10. Anti keradangan.
11. Kaya dengan antioksida - awat muda.
13. Melawaskan pembuangan air besar.
14. Memperbaiki masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
15. Sangat baik untuk mereka yang kurang makan sayur.
16. Meningkatkan kadar oksigen dalam darah.
17. Mencerdaskan otak.
18. Melicin, melembab dan menganjalkan kulit dan seluruh bahagian badan.
19. Memperbanyakkan air susu. (bagi mereka yang baru bersalin)


Ia umpama gandaan dari gred yang sedia ada iaitu gred AAA (purple) dan gred AA (kuning)

Perlu diingatkan.., oleh kerana khasiat pada alga hijau adalah berganda dari yang purle.. maka ia hanya boleh diminum, sekali sehari pada sukatan 100ml sahaja @ setengah gelas (1 sudu makan PMC + air + gula / madu + perahan limau / diblender dengan buahan segar).

Bermakna 100g adalah untuk penggunaan selama 5 - 6 minggu.

Siapa yang boleh makan / minum rumpai ni?
~ Lelaki & wanita ~
1. Warga tua 
2. Berumur 30 tahun ke atas.
3. Wanita yang menghampiri atau telah menopuos.
4. Pesakit kanser. 
6. Mereka yang baru lepas bersalin.
7. Mereka yang memiliki kulit sensetif.
8. Mereka yang menghadapi masalah penglihatan seperti rabun.
9. Pesakit sembelit/buasir, hipertension (darah tinggi), darah rendah, kencing manis dan sakit jantung.
10. Mereka yang mempunyai masalah kulit akibat jerawat, jeragat, jerawat batu, kudis, pigmentasi kulit akibat selaran matahari & luka lambat sembuh.

Untuk menjamin kandungan kolagen & antioksida serta zat dalam rumpai meresap dan menjalankan tugasnya dengan sempurna, anda :-

1. MESTI minum 4.5 liter air (ukuran 3 botol air mineral besar) sehari.., kerana PMC ni akan menyerap air dalam badan untuk membersihkannya dari garam, gula, kolesterol yang berlebihan. Jika anda kurang minum air, kulit anda akan kering dan tidak halus. 

2. KURANGKAN minum minuman berkafien seperti kopi, nescafe, teh, minuman bercoklat dan cola kerana bahan kafien ini menghalang badan kita dari menyerap zat pada rumpai. 

3. KONSISTEN dalam mengambil rumpai. Bukan hari ni minum, esok tak pas tu lusa sambung balik. rumpai ialah bahan semulajadi. Ia tidak mempunyai lemak untuk disimpan oleh badan. Khasiatnya akan diserap & digunakan oleh badan  SEPENUHNYA pada hari ia di ambil. Badan kita bukan seperti PETI SIMPANAN yang akan menyimpan zat2 tersebut. Jadi, kalau nak cepat cantik, cepat mulus, cepat montok.. minumlah rumpai anda setiap hari pada waktu yang tetap. Bukan hari ni minum pukul 8 pagi, esok minum pukul 10 pagi atau 10 malam. Disiplin sangat penting. Sama juge kalau kita ambil ubat kurus.. kalau tak disiplin.. tak hilang juge lemak tu..

Tanda-tanda rumpai berkesan ialah..
1. Kerap buang air kecil.
2. Lawas membuang air besar.
3. Bau badan hilang.
4. Ketagihan terhadap minuman berkafien berkurang/hilang.
5. Terasa amat segar semasa bangun pagi.
6. Tiada lagi sakit2 badan.
7. Kulit menegang dan kesan penuaan beransur hilang.
* Kesan2 di atas hanya akan berlaku jika anda minum banyak air & kurangkan minum minuman berkafien.



**** kesemua gambar di atas BUKAN gambar google. Mengambil gambar dari site ini tanpa kebenaran AMATLAH DILARANG.









Friday, February 15, 2013

TERAPI RUMPAI LAUT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Jual, jual, jual.. tapi pernah ke kita terangkan pada customer kita pasal beberapa perkara penting yang WAJIB pembeli tahu? Ramai orang diluar sana tau akan kebaikan rumpai laut dari kengkawan mereka atau sekadar dengar2 je... dan mereka berebut-rebut nak beli sebab mereka nak rasai apa yang mereka dengar. 

Tapi tahu kah anda.. jika anda hanya mengambil rumpai tanpa mengetahui beberapa perkara yang menjadi inti pati keberkesanan produk ini terhadap anda... silap2 lain yang anda impikan..lain pulak yang jadi. Yang di impikan kulit mulus dan gebu sebaliknya yang jadi kulit kering dan tidak bermaya. Napa boleh jadik macam tu ye? 

Berikut ialah soalan2 yang sering diajukan pada kak. Semoga menjadi panduan untuk anda.

1. Bila dan berapa banyak nak minum?


Jawapan : Sebaiknya awal pagi sebelum sarapan. 200ml atau segelas (2-3 sudu makan rebusan rumpai + air + madu atau jus buah atau blender ngan buah-buahan segar). Sekali sehari sudah memadai. Ingat, sesuatu yang baik jika di ambil secara berlebihan akan menjadi tidak baik. Contohnya madu.., ia merupakan bahan semulajadi yang sangat mujarab untuk merawat beberapa penyakit, namun ia boleh menjadi racun jika diambil secara berlebihan. Sama juga dengan limau/oren. Ia sangat kaya dengan vitamin C, tapi kalau berlebihan kita akan mengalami gangguan perut dan demam. Demikian jugalah rumpai. Mentang2 kita dengar rumpai ni bagus, natural..kita bantai sampai 5 -10 gelas sehari. Jangan ye.. buat sesuatu tu biarlah berpada. 

Pengambilan rumpai secara berlebihan sangat dikhuatiri akan keracunan iodin yang berupaya menyebabkan sakit perut, reput tulang, lemah badan, dan ketidak seimbangan hormon.
Pengambilan rumpai juga perlu tetap. Bukan hari ni minum.., esok tak. Lepas tu lusa sambung balik atau hari ni minum pukul 8 pagi.., esok pukul 10 pagi kalau tak pun petang atau malam. Cuba elakkan ye. Kalau nak cepat mulus, cepat tegang, cepat anjal.. disiplinkan diri anda. Minumlah PMC anda secara rutin dan tetap. Bukan sekali banyak dan harapkan keajaiban berlaku pada keesokan harinya. Sama juga macam anda mengambil produk pelangsingan, kalau tak betul minumnya.. kejap minum, kejap tak.. alamat takde kurus2 nyer tuh. Bazir duit je.

2. Perlukah minum banyak air kosong? 


Jawapan: PERLU dan sangat penting! Hah kak siap merahkan lagi tulisan tu sebab memang betul2 PENTING!! Anda WAJIB minum 4.5 liter air kosong (sebanyak 3 botol air mineral besar)sehari. Air ialah kunci utama keberkesanan produk ini. Sebabnya, rumpai memerlukan bendalir yang banyak untuk menyerap lebihan garam. gula dan kolesterol juga membersihkan dalaman tubuh anda. Buktinya, anda akan kerap buang air kecil, berpeluh dan najis anda berwarna hitam pada awal minggu pengambilan. Jika anda tidak minum cukup air kosong, anda akan mengalami kekeringan dan kulit anda tidak halus seperti yang anda mahukan. Jadi.. minumlah air secukupnya bagi membenarkan tubuh anda menerima terapi rumpai secara wajar dan sihat.

3. Benarkah tidak boleh minum nescafe atau teh? Kenapa eh?


Jawapan:- Benar. Bukan setakat nescafe atau teh saja, malah semua minuman berkafien seperti cola, minuman bercoklat dan semua jenis kopi seperti white coffee, expresso, mocha dan yang sekawan dengannya. Sebabnya.., kafien yang terdapat dalam minuman2 ini menghalang badan daripada meresap khasiat dan zat penting dalam rumpai. Sebenarnya, bukan rumpai je begitu, ubat-ubatan lain seperti vitamin C, produk pelangsingan, ubat penahan sakit dan antibiotik juga akan kurang berkesan apabila kita mengambil minuman berkafien. Kalau nak minum juga sebaiknya, 2 jam selepas anda mengambil PMC. Kalau dapat kurangkan sukatan minuman anda ya.

4. Benarkah vitamin C mempercepatkan proses penyerapan khasiat rumpai?


Jawapan: Benar. Vitamin C membantu mempercepatkan penyerapan khasiat rumpai. Sebab itu, dalam minuman rumpai sangat disarankan dicampur dengan perahan limau. Ia bukan sahaja membuang bau hanyir rumpai bahkan perahan limau itu mengandungi Vitamin C semulajadi yang sangat membantu  mempercepatkan proses penyerapan zat oleh badan kita.

5. Apakah tanda2 awal yang menunjukkan pengambilan rumpai berkesan pada kita?


Jawapan: kerap membuang air kecil, berpeluh, lawas membuang najis dan najis berwarna hitam, bau badan hilang, ketagihan pada teh atau kopi berkurang atau hilang, terasa sangat bertenaga dan anda semakin cergas. Apabila semua tanda2 ini muncul, kulit wajah dan badan anda akan berubah menjadi lebih halus, gebu dan anjal... syaratnya..minum banyak air kosong ye. Baru jadi tuh.


6. Kenapa ye, lepas ambil rumpai ni saya sakit? 

Jawapan : Inilah yang dikatakan sebagai gejala KRISIS PENYEMBUHAN (HEALING CRISIS). Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun. Dah bermacam2 benda masuk dalam tubuh kita. Bahan2 kimia, pengawet, ubat2 hospital, lemak2 dan macam-macam lagi. Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa seperti demam, tekak perit, sakit badan, sakit sendi, sakit kepala dan muka ditumbuhi jerawat besar2Gejala kurang selesa ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

BAh.. sampai sini je tuk kali ni ye. Semoga N3 kali ni membantu anda menyelesaikan kekusutan atau masalah anda dengan pengambilan rumpai. Perlu diingatkan kesan perubahan antara sorang dengan sorang yang lain adalah berbeza. Ada yang berubah dalam seminggu dan ada yang berubah dalam berapa hari je.. tapi kak hanya dapat melihat perubahan positif pada diri kak selepas 3 minggu. Jadi jangan putus asa ye. Lengkapkan kitaran terapi selama 1 bulan. In shaa Allah.., anda akan melihat kesannya.

Wasalam.





Tuesday, February 12, 2013

MASKER RUMPAI & CARA PEMAKAIAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kata orang, kalau nak jual sesuatu produk tu, kenalah test sendiri dulu. Berkesan ke tak..

Mami ni ader masalah jeragat pada hidung dan jerawat pada wajah. Buka tu je.. garis kedutan halus dah jelas kelihatan di sekitar mata, bawah mata, kelopak mata dan garis senyum. ye lah kan... dah 39 tahun pulak kak ni. Tahun depan In Shaa Allah, kalau masih bernafas.., genap lah kak 40 tahun. Kat gambar ni tak berapa jelas tapi garis kedutan halus dah kelihatan di dahi juge.

Oleh kerana rumpai ni 100% asli, 100% mentah dan tidak dproses serta 100% organik.. ,maka kak teruja nak cuba.. tak rugi aper pun. 

So, inilah perubahan kulit wajah kak selepas meminum rumpai purple & menepek masker selama 3 minggu... Kak ni tak regular menepek masker ni.. tu yang lambat kot hasilnya..


Jeragat pada hidung dan pikmentasi kulit semakin baik. Gambar sebelum tu, kak pakai bedak.. gambar selepas ni langsung tak pakai. Pori-pori pada wajah jelas mengecil dan kulit nampak sekata.

So, macam mana nak guna masker? Macam mana nak buat? Kalau nak tau, masker ni ialah sisa air rebusan PMC. Lepas kita rebus tu, tapislah. Yang ditapis tu tuk minuman & sisa gel yang tinggal di tapisan tu.. simpan buat masker. Tapi ingat, kalau nak buat masker, rebus rumpai dengan air je.. JANGAN LETAK GULA.


Ni rupa sisa gel.. yang ni buat masker ye. Simpan je dalam fridge dalam bekas bertutup. Ia akan kekal moist. Jika disimpan dalam bekas terbuka, gel akan kering & keras. 

Yang dalam bekas tinggi tu... air rebusan yang telah siap bertapis dan ready tuk ditutup & dimasukkan ke dalam fridge. Dalam mangkuk ialah sisa rumpai.. tuk masker.

Untuk guna, just sapu & tepek2 kan je kat wajah. Biarkan je ia kering sendiri. Sambil tu boleh lah buat kerje rumah ke sidai kain ke..

 Bila masker dah kering sepenuhnya, jangan terus basuh. Gosok2 wajah sehingga masker tanggal. Tujuannya ialah untuk membuang sel mati kulit, keruping jerawat, jeragat dan jerawat.


Tumpukan gosokan pada bahagian yang bermasalah seperti tepi hidung, atas hidung, pipi, dagu dan dahi. Gosok dek..jangan tak gosok..

Bila semua masker dah tanggal.., baru lah p cuci dengan air. Tak perlu gunakan pencuci muka bebagai.

 Inilah rupa wajah yang dah dibersihkan. 


 Selepas 2 minggu, kulit wajah jelas tegang dan pori jelas mengecil. Jeragat telah bersih sepenuhnya. 


Garis kedutan halus pada tepi mata, hilang sepenuhnya.

 Garisan kedut halus pada kelopak mata telah berkurangan.


Tiada lagi eye-bag (bakup) dan lingkaran gelap telah hiang. Kedutan halus bawah mata pun telah berkurangan.


Akhir sekali, garis kedutan pada garisan senyum langsung tidak kelihatan..

jelly rumpai ni juga baik untuk rawatan kulit kepala.

Caranya.., just curah gel rumpai terus ke kulit kepala dan urut sampai semua bahagian kepala rata dengan gel rumpai. Teruskan urutan lembut agar segala pati rumpai meresap ke kulit kepala.

Rawatan ini sangat baik untuk menyuburkan rambut, membantu pertumbuhan semua rambut, merperbaiki masalah keguguran rambut dan kelemumur. Rawatan ini juga dapat memulihkan sakit kepala.

 Untuk rawatan tumit kaki kasar / merekah.., apa kata kita berspa kaki di rumah. Caranya mudah je. Rendam rumpai semalaman. Jangan tukar air rendaman ya. Kemudian tuang rumpai yang dah kembang bersama-sama dengan air rendamannya sekali ke dalam besen. Campurkan setengah gelas air panas. agak2 air rendaman menjadi suam. Masukkan kaki dan gosok2 bahagian tumit, buku lali dan seluruh tapak kaki dengan rumpai yang kembang tadi. Kira macam rumpai tu jadi scrub lah. Buat seminggu 2 kali. Rawatan ini bukan saja memperbaiki struktur kasar tumit dan kaki, malah ia juga baik untuk peredaran darah.., dimana garam galian pada rumpai akan menenangkan kulit kaki. Gosokan rumpai pulak bertindak sebagai urutan refleksilogi ringan yang membantu untuk kelancaran peredaran darah di sekitar kaki dan membuang sisa kulit mati.

Orait. Cukup sampai sini ye... kak nak bermasker lagi...bermanja diri la katakan.. sebelum tu nak share jugak kesan positif pada tangan kak lepas minum rumpai ni. 




Kulit tangan & tapak tangan semakin halus dan kesan penuaan / kering  semakin hilang. Kutikel celah kuku pun dah takde. Alhamdulillah. Kulit part badan yang lain pun semakin tegang & halus.. dan.. bau badan pun dah hilang. Dah 2 bulan ni tau tak pakai deodoran. Kalau keluar shopping atau jalan2 ngan keluarga pun, kak tak pakai deodoran. Cuma sembur perfume je kat tudung.. Actually kalau tak pakai perfume pun tak per cuma nanti En. Suami heran, napa kak tak pakai2 perfume yang dia belikan. Kecik ati pulak nanti. Ok lah melalut pulak kak ni..




Monday, February 11, 2013

APA HEBATNYA RUMPAI LAUT?

Assalamulaikum & selamat sejahtera...



100% RUMPAI LAUT gred AAA (Ungu) adalah tinggi ANTIOKSIDAnya. Ia juga dikenali sebagai Ibu kolagen atau Sarang Burung Laut.
Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif. Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.

Kandungan Nutrisi Rumpai Laut

Rumpai laut mempunyai kandungan nutrisi cukup lengkap. Secara kimia rumpai laut ini terdiri dari air (27.8%), protein (5.4%), karbohidrat (33.3%), lemak (8.6%) serat kasar (3%) dan abu (22.25%). Selain karbohidrat, protein, lemak dan serat, rumput laut juga mengandung enzim, asid nukleat, asid amino, omega-3, vitamin-vitamin A,B,C,D, E dan K serta makro mineral seperti nitrogen, oksigen, kalsium dan selenium juga mikro mineral seperti zat besi, magnesium dan natrium. Kandungan asid amino, vitamin dan mineral rumput laut mencapai 10 -20 kali lipat dibandingkan dengan tanaman darat. 

** rumpai ungu mengandungi kandungan antioksida tertinggi dalam semua jenis sayuran berwarna.
** rumpai hijau mengandungi klorofil yang menyumbang penambahan khasiat lebih dari PMC ungu dan kuning.

Sebab itu ia terbaik untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan!
!

TUBUH LEBIH TAHAN SERANGAN PENYAKIT
Kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT
Ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG
Sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

MENGATASI MASALAH PENYAKIT DEGENERATIF DAN MASALAH USIA UMUR LANJUT 
Anti oksida semulajadi dalam rumpai laut adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan

KONSEP kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi khsusunya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.

Menyedari kepentingan antioksida, kebanyakan pengeluar produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanan mahupun penjagaan kulit mendakwa produk dihasilkan mengandungi bahan anti oksida khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Bagaimanapun sebagai pengguna, harus berhati-hati dengan dakwaan ini kerana antioksida sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas adalah 
dengan memakan makanan yang mengandungi antioksida.

Hasil kajian saintifik menunjukkan rumpai laut Pure Marine Collagen mengandungi antioksida yang bermanfaat untuk awet muda. 

Alami kehebatan 100% RUMPAI ASLI, 100% MENTAH & 100% ORGANIK

Oleh kerana ia 100% alami, TIADA SIDE EFFECT yang buruk melainkan kulit makin licin, cerah, tegang dan cantik.

Jika diamalkan seharian kulit akan nampak semakin cerah/putih, dalam masa seminggu akan nampak kesannya especially pori2 muka akan rapat dan nampak licin.

Jadikan sebagai masker pun boleh. 


Perlu diingatkan, pada awal pengambilan, anda akan mengalami gejala kurang selesa yang dipanggil sebagai KRISIS PENYEMBUHAN. Ia merupakan petanda positif bahawa PMC sedang bertindak membersihkan segala toksik, ubat-ubatan, pengawet, lebihan garam, gula dan kolesterol yang dah lama terkumpul dalam badan kita. JANGAN BERHENTI MAKAN/MINUM PMC anda selama tempoh terapi (3 - 4 minggu)

KHASIAT RUMPAI LAUT UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang tinggi dan boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

Untuk menjamin kandungan antioksida serta zat-zat dalam rumpai meresap dan menjalankan tugasnya dengan sempurna, anda :-

1. MESTI minum 4.5 liter air (ukuran 3 botol air mineral besar) sehari.., kerana PMC ni akan menyerap air dalam badan untuk membersihkannya dari garam, gula, kolesterol yang berlebihan. Jika anda kurang minum air, kulit anda akan kering dan tidak halus. 

2. KURANGKAN minum minuman berkafien seperti kopi, nescafe, teh, minuman bercoklat dan cola kerana bahan kafien ini menghalang badan kita dari menyerap zat pada rumpai. 

3. KONSISTEN dalam mengambil rumpai. Bukan hari ni minum, esok tak pas tu lusa sambung balik. rumpai ialah bahan semulajadi. Ia tidak mempunyai lemak untuk disimpan oleh badan. Khasiatnya akan diserap & digunakan oleh badan  SEPENUHNYA pada hari ia di ambil. Badan kita bukan seperti PETI SIMPANAN yang akan menyimpan zat2 tersebut. Jadi, kalau nak cepat cantik, cepat mulus, cepat montok.. minumlah rumpai anda setiap hari pada waktu yang tetap. Bukan hari ni minum pukul 8 pagi, esok minum pukul 10 pagi atau 10 malam. Disiplin sangat penting. Sama juge kalau kita ambil ubat kurus.. kalau tak disiplin.. tak hilang juge lemak tu..

Tanda-tanda rawatan berkesan ialah..
1. Kerap buang air kecil.
2. Lawas membuang air besar.
3. Bau badan hilang.
4. Ketagihan terhadap minuman berkafien berkurang/hilang.
5. Terasa amat segar semasa bangun pagi.
6. Tiada lagi sakit2 badan.
7. Kulit menegang dan kesan penuaan beransur hilang.
* Kesan2 di atas hanya akan berlaku jika anda minum banyak air & kurangkan minum minuman berkafien.


Sunday, February 10, 2013

PELBAGAIKAN RESEPI MINUMAN RUMPAI LAUT ANDA... SUPAYA TAK BOSAN...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ramai yang dah tahu kebaikan rumpai laut. Jika diamalkan,ia sangat membantu dalam memulihkan struktur kulit, rambut, kuku dan yang paling penting ia memulihkan sel2 badan yang rosak akibat kemalangan atau parut pembedahan atau sedang mengalami proses penuaan. rumpai juga dikenal pasti mempunyai potensi yang besar untuk mencegah dan memulihkan banyak penyakit kronik seperti hipertensi (darah tinggi), kegagalan buah pinggang, penyakit jantung, kencing manis, barah, tiroid dan gaut. Kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein serta protien yang tinggi, membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.

Tapi... tak semua orang tahan nak minum rumpai ni hari2. Ader beberapa sebab:-
1. Tak tahan bau hanyir laut.
2. Tak tahu macam mana nak minum.
3. Bosan dengan resepi minuman yang sama setiap hari.
4. Tak tahu nak pelbagaikan penggunaan rumpai.

Dan banyak lagi sebab, kenapa ramai orang tak bertahan lama dalam mengamalkan rumpai. Kira macam hangat-hangat taik ayam lah.. 

Oleh kerana ramai sangat yang bertanya pasal resepi minuman, so malam ni kak nak share beberapa resepi minuman  yang kreatif dan bertemakan buah-buahan.. Jom tengok.

1. Minuman koktel buah 
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + sedikit air panas (untuk mencairkan gel) + Ayam Brand fruit cocktail (apa jenama pun boleh ye) ambil sekali jusnya + air sejuk + perahan sebiji limau mandarin kecik (nak pakai limau kasturi pun boleh ye). kacau sebati dan hidangkan.

2. Jus Syurga Impian.
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + sedikit air panas (untuk mencairkan gel) + beberapa slice buah peach tin (ambil sekali jusnya) + beberapa biji anggur hijau + sebiji ceri bertangkai + sebiji stoberi + perahan sebiji limau mandarin kecik (pakai limau kasturi / lemon pun orait tu). Kacau sebati dan hidangkan.

3. Smoothie TimuNenas
Ramuan : 2 sudu gel rumpai + beberapa hirisan timun + beberapa potong nenas + perahan lemon + 1 sudu teh gula (jika suka) + ais batu. Blender kesemua bahan & hidangkan.


4. Jus Anggur Hijau & Timun
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + beberapa biji anggur hijau + beberapa hiris timun + 1 sudu teh madu + air memenuhi gelas + perahan lemon. Blender semua bahan. Hidangkan.


5. Jus Rumpai Mangga
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + hirisan sebiji mangga + madu + air memenuhi gelas + perahan 1 biji limau kasturi. Blender semua bahan. Hidangkan dengan daun mint.


6. Smoothie Nenas Honey Dew
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + beberapa potong nenas + beberapa potong honey dew + perahan 1 biji limau kasturi + ais batu. Blender semua bahan.


7. Jus Stoberi 
Ramuan : 2 sudu makan gel rumpai + sedikit air panas + jus strawberry ready made (sejuk) .. boleh beli kat supermarket + 1 biji perahan limau kasturi. Kacau sebati dan hidangkan.

8. Smoothie CarrotOrenNenas
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + beberapa hiris lobak merah + 1 biji oren + beberapa potong nenas + 1 sudu teh gula / madu + ais batu. Blender semua bahan & hidangkan.  



9. Simple Lemonade
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + sedikit air panas + gula + air sejuk + perahan lemon. kacau sebati & hidangkan.



10. Jus Rozel Berlongan
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + sedikit air panas + Jus Rozel ready made + beberapa biji buah longan, buang biji / longan tin + air sejuk + perahan 1 biji limau kasturi. Kacau sebati dan hidangkan. 


11. Strawberry Smoothie
Ramuan : 2 sudu makan gel rumpai + 3 biji strawberry segar + 2 sudu teh gula + perahan 1 biji limau kasturi + beberapa ketul ais batu. Blender semua bahan & hidangkan... yang ni minuman kak petang tadi.. sungguh segar.. sungguh sedap..


12. Sunquick berjelly rumpai
Ramuan: 2 sudu makan gel rumpai + 1 sudu makan jus sunquick + air sejuk. Kacau sebati dan hidangkan. 




Amacam? Ader yang meleleh air liur?.. Kalau nak tau rumpai ni natural.. yakni takde rasa cuma ada bau. Yang purle lebih kuat bau hanyir. Sebab itu, walau apa pun yang kita campur..buah ke jus ke.. jangan lupa perahkan i biji limau kasturi / sedikit lemon / limau nipis / oren ke dalam minuman kita tu. Ia akan MELENYAPKAN BAU HANYIR yang menjadi punca kita hilang selera nak minum PMC ni.

Selamat menikmati minuman kecantikan anda dengan rasa yang menyegarkan.

Nanti kak sambung, bagaimana nak pelbagaikan penggunaan rumpai... dari hidangan kerabu, salad hingga lah mandian kecantikan.. In Shaa Allah.. 

Wasalam.

Tuesday, February 5, 2013

PENGUMUMAN CUTI PERAYAAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




CuteToe akan bercuti pada 9 FEB HINGGA 12 FEB 2013 sempena Tahun Baru Cina. Berikutan itu, semua order berbayar akan dikirim dalam minggu ini juga. 

Kepada pelanggan2 yang telah memesan tetapi belum menyertakan bayaran, sila berbuat demikian SEBELUM KHAMIS 7/2/2013 PUKUL 3 PETANG bagi membolehkan kami melakukan proses pengiriman pada hari terakhir minggu ini iaitu JUMAAT(8/2/2013). 

Jika anda ingin memesan produk2 kami, anda boleh terus berbuat demikian tetapi pengiriman hanya akan dilakukan pada Rabu 13/2/2013.


Psstt!!! Ader perubahan harge untuk PMC kami selepas cuti Tahun Baru Cina nanti... dapatkan ia sekarang sementara masih ada & masih pada harga serendah RM5/100g (gred AAA) dengan penghantaran percuma.



Dengan itu, kami di CuteToe Online Shop & Online Fashion ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua yang merayakannya. Happy holiday everybody.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...