Followers

Monday, March 25, 2013

PENGAMBILAN RUMPAI LAUT : KRISIS PENYEMBUHAN (HEALING CRISIS)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

"Adoiii... sakitnya badan... rasa nak patah tulang2 ni. Tekak pun perit..sampai takde suara. Muka pun makin banyak jerawat.. betul ke PMC ni ubat atau aku ni dah salah makan kot ke... aku ni alergik?"







Ha... mesti ramai yang perasan gejala2 ni semasa mula2 ambil rumpai kan.. Nak2 lagi kalau terus ambil yang hijau.. lagilah... ader yang sampai tak boleh bangun tu...

Jangan risau... Gejala tidak selesa bersifat sementara dan dikenali sebagai KRISIS PENYEMBUHAN atau HEALING CRICISKrisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.dah bermacam2 benda masuk dalam tubuh kita, bahan2 kimia daripada sabun cuci /sabun cuci pinggan / peluntur yang menyerap dari tangan kita semasa aktiviti mencuci, pengawet dari makanan dan minuman tin serta makanan segera, ubat-ubatan hospital, lemak2 dan pada mereka yang merokok atau mengambil minuman keras.. lagilah dasyat sisa toksik dalam badan.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.


Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil rumpai laut ni? 
Kerana semasa pengambilan rumpai laut, ia bertindak secara kimia dalam badan kita untuk menyingkirkan sisa toksik, menyerap lebihan garam, gula dan kolesterol. Proses penyembuhan ini mengambil masa 1- 4 minggu bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Proses ini berlaku secara natural dan sihat. 

Semasa proses penyembuhan anda mungkin akan mengalami gejala2 seperti:-
1. Demam
2. Sakit sendi
3. Sakit tulang
4. Tekak berasa perit
5. Gatal badan
6. sakit kepala
7. Muka ditumbuhi jerawat / jeragat
8. Badan ditumbuhi jerawat / bisul.

Gejala2 kurang selesa ini menunjukkan bahawa ia sedang bertindakbalas dalam sistem kita untuk pembersihan.

Gejala2 ini akan segera berakhir apabila bahagian dalaman kita semakin bersih. Pada masa ni lah... anda akan melihat GANJARANnya.. iaitu.. kulit anda mula kelihatan bersih dati kesan jerawat dimana jerawat semakin mengecut, kulit muka bertambah anjal, licin dan kelihatan muda dari usia anda. Bukan itu saja, anda akan berasa sangat sihat. Badan ringan je nak bangun pagi.

Perlu diingatkan... semasa proses penyembuhan ini anda SANGAT..., SANGAT...., SANGAT.... DIWAJIBKAN minum banyak air kosong (4 - 5 liter air sehari) dan bersabar. Jangan berhenti sebelum krisis penyembuhan selesai.. kalau tak segala kesakitan anda tidak berbaloi apa2.

Kak pasti ANDA BOLEH! 

Selamat mencuba & semoga berjaya..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...