Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ini memang satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Mungkin kecil di mata orang tetapi amat besar bagi kami.
Pada 1/3/2013 lalu kami menerima panggilan telefon dari seorang customer di United Kingdom yang berhasrat untuk memborong rumpai kami. Hati kak berbunga tak terkira. Dan akhirnya pada 4/3/2013 selepas melalui proses deklarasi pihak Kastam Malaysia, rumpai kami terbang dari Tawau, Sabah, Malaysia ke United Kingdom, England.
Shipment ini merupakan shipment pertama kami ke luar negara. Banyak yang perlu dilakukan untuk menjayakan pengiriman ini. Bermula dari packing, sticker khas, paper work sehinggalah deklarasi kastam.
Kepada pelanggan yang kami maksudkan, semoga anda berpuas hati dengan produk kami. Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan.
No comments:
Post a Comment