Followers

Friday, March 22, 2013

HATI-HATI DENGAN RUMPAI LAUT TIRUAN ATAU DIWARNAKAN!

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia...

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan adanya rumpai laut tiruan atau yang diwarnakan. Nak tau... aktiviti tak bertanggungjawab ini memang wujud dan dilakukan oleh pengusaha / pemborong tamak.

Gred yang menjadi pilihan untuk dipalsukan ialah gred 4A (Hijau). Sebabnya.., gred ini sukar diperolehi dan terhad. Pemintaannya pula tinggi.. Kalau nak tau..gred 4A ini memang mahal daripada gred 3A (ungu) dan 2A (kuning/putih). 

Sekarang ni.. memang ramai nak rumpai murah.. kalau boleh RM10/kg.. sebab itu aktiviti mewarnarumpai ni berleluasa.. mereka cuma perlu warnakan rumpai gred 2A dengan warna hijau atau ungu dan menjual PMC tiruan itu pada harga sedikit rendah dari PMC asli (hijau & ungu). Kami yang kat Tawau ni pun tak dapat murah. Apa lagi anda yang di Semenanjung / Sarawak / pantai barat Sabah. Jadi berhati-hatilah.. jangan terpengaruh dengan harga murah luar biasa yang ditawarkan.Terutamanya yang hijau. Adalah mustahil untuk mendapatkan PMC hijau pada harga bawah RM20/kg. 

Mulanya..kami pun tak percaya yang tiruan ni ada.. sampailah satu hari.. masa pemborong rumpai hijau kami menerima kemasukan stok baru. Stok baru itu pula dihantar oleh orang yang tidak kami kenali. Katanya dia pekerja baru. Tapi kami musykil.. kenapa dia ni nak cepat je.. lepas turunkan stok dan menerima bayaran. kami pun membuka seguni demi seguni stok rumpai hijau kami yang baru sampai tu... dan kami temui sekitar 4kg rumpai tiruan berada di bahagian bawah salah satu guni. Wah... lain benar warnanya.. sebijik macam hijau cendol... kami pun rendam dan ini hasilnya..

Jom tengok macam mana rupa yang tiruan dan yang asli..

                         Kiri ~ asli                                           Kanan ~ tiruan

Set gambar yang pertama ni memperlihatkan rumpai asli dan yang diwarna (paling atas). 
Gambar baris kedua ialah kedua-dua rumpai direndam serentak. Sejurus lepas 15 minit.. air rendam yang tiruan mula berubah jadi hijau. Manakala yang asli tetap jenih.
Gambar baris ketiga ialah lepas 30 minit. Kak angkat rumpai tu untuk memperlihatkan perbezaan warna air rendaman. Air rendaman yang asli masih jernih..manakala yang tiruan berwarna hijau dan PMC nyer pulak sudah mula pudar warna..



Selepas 20 jam direndam... rumpai tiruan berubah warna menjadi putih sepenuhnya dan yang asli.. masih kekal warna hijau walaupun tidak seterang semasa ia kering.


Gambar2 kat bawah ni ialah rumpai asli hijau..
Selepas direndam semalaman..warna hijau masih nampak walau tak seterang semasa ia kering. 





Yang kat bawah ni pula ialah rumpai ungu asli. Warna ungunya masih kelihatan walaupun telah direndam selama 20 - 24 jam.




# GAMBAR2 DIATAS BUKAN GAMBAR GOOGLE! IA ASLI DARI CAMERA TELEFON SAMSUNG GALAXY MINI SAYA.. JADI PENGAMBILAN GAMBAR TANPA KEBENARAN SANGAT DILARANG.




1 comment:

Admin said...

Salam kunjung balas..
Info yang bagus, baru tahu tentang ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...