Followers

Tuesday, March 26, 2013

PANORAMA INDUSTRI RUMPAI LAUT SABAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Malam ni cuma nak share sedikit info dan gambar2 industri rumpai laut atau Pure Marine Collagen di Sabah. Lokasi gambar2 ini ialah Semporna.


 Spesis EUCHEUMA COTTONII dan Eucheuma Kappayachus atau nama tempatan Agar-agar tidak hidup di sebarang perairan. Spesis rumpai laut penuh khasiat ini tumbuh dengan banyak di negeri Sabah, terutamanya di perairan Semporna, Kunak dan sebahagian kecil kawasan perairan Tawau.

Ia hanya tumbuh dalam air laut yang tenang yakni kawasan yang mempunyai pengaliran air perlahan supaya nutrien dibawa dan diganti secara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut. Kawasan laut dan air laut pula mesti bersih dan jernih serta jauh dari kesesakan lalu lintas bot atau kapal. Kawasan laut berkenaan juga perlu terlindung dari arus ombak yang kuat serta mempunyai batu karang dan berpasir. Tahap kemasinan air laut juga mesti sesuai iaitu antara 27 - 35 bahagian dalam seribu (ppt) serta berada dalam suhu antara 25C - 30C. Sesungguhnya rumpai laut spesis ini tidak tumbuh sembarangan.

 Aktiviti pengeringan

Sebelum krisis ancaman pengganas Sulu, proses pengeringan dijaga rapi oleh petani. Mereka akan pastikan rumpai tidak terlalu lama berada dibawah cahaya matahari. Setelah cukup masa rumpai akan dibawah ke tempat teduh untuk dikeringkan. Ini adalah untuk mengurangkan kadar pengeluaran garam semulajadi rumpai itu. Hasilnya, rumpai kering kelihatan cantik dan segar.

Namun, sejak keganasan berlaku, ramai petani khuatir akan keselamatan diri. Rumpai dibiarkan kering dibawah cahaya matahari tanpa jagaan sempurna. Hasilnya, rumpai kelihatan putih dek pengeluaran garam yang banyak dan rumpai kelihatan benar2 kering.

Nasib baik.., khasiatnya tidak terjejas.

Kak begitu terpesona dengan kejernihan air laut. Dalam tu tau.. nampak je cetek. 

Rumpai diikat pada tali dan botol kosong digunakan sebagai pelampung untuk memudahkan proses menuai. 

 Inilah ladang rumpai laut Sabah... Semporna...


 Tenang dan jernih...







 Inilah anugerah alam untuk kita syukuri dan nikmati.



Mempersonakan... Kalau nak tau.. rumpai laut tidak dikeringkan di darat. Proses pengeringan berlaku di tengah2 samudera. Ia tidak dibilas dengan air tawar. Sejurus lepas dituai ia terus dijemur. Sebab itu kita sering terjumpa hidupan merin lain tersangkut pada PMC kering yang kita beli. Rumpai laut ini juga merupakan sumber nutrien kepada beberapa spesis hidupan merin terutamanya dari jenis teririp.


 Sebahagian pengusaha kecil dari suku kaum Bajau Laut.


Rumpai yang telah hampir kering dibawa ke tempat teduh untuk proses pengeringan terakhir.


Orait... sampai sini je ye.. mata pun dah mengantuk ni. Semoga anda semua dapat sedikit sebanyak gambaran mengenai panorama industri rumpai laut di Sabah khasnya di Semporna. Ia merupakan suatu indusrti yang makin berkembang sesuai dengan permintaan yang semakin meningkat.

Keberkesanan spesis rumpai laut ini dalam merawat pelbagai masalah kesihatan serta kecantikan diperakui oleh pelbagai pihak. Ia 100% asli, 100% mentah, 100% tanpa pengawet & 100% organik. 

Wasalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...