Followers

Thursday, May 29, 2014

SNEK TEMPATAN SABAH : AMPLANG TAWAU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

TAWAU terletak di bahagian timur Borneo utara. Daerah ini terkenal dengan hasil pertanian dan hasil laut. Hasil lautnya pula diproses menjadi produk2 makanan yang lazat dan bermutu. Salah satunya ialah AMPLANG.

Pernah makan amplang tak? Amplang ni berbentuk kiub atau lonjong dan rasanya memang sedap serta rangup. Ia mempunyai 3 rasa istimewa dan dihasilkan dari sumber laut segar. Amplang ikan dibuat daripada isi ikan tenggiri... bukan sebarang ikan ya, manakala amplang udang pula diperbuat dari isi udang kertas atau udang putih yang berkualiti tinggi. Amplang sotong mempunyai rasa sedikit berempah kerana ia terdiri daripada isi sotong dan rempah ratus pilihan.

Rasa amplang yang unik, menjadikannya antara snek pilihan ketika bersantai dengan keluarga atau sebagai hidangan meja kopi di Aidilfitri. Bila ada amplang, kanak-kanak lah yang paling girang mengerumuni meja kopi. Jangan risau, produk amplang Tawau diproses secara bersih dan moden serta tidak mengandungi bahan pengawet atau pewarna tiruan. Ia rangup dan lazat dimakan begitu sahaja atau dicecah dengan sos cili. 




AMPLANG TAWAU

[IKAN / UDANG / SOTONG]

PEK SEDERHANA : RM10
PEK BESAR : RM15

KOS POS LAJU KE SEMENANJUNG / SARAWAK
RM15 
UNTUK SETIAP 2 PEK SEDERHANA ATAU 1 PEK BESAR


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...