BUAH BELINJO / MELINJO atau nama saintifiknya Gnetum Gnemon merupakan spesis natif Gnetum yang dulunya tumbuh liar di kawasan Asia Tenggara dan kepulauan pasifik barat. Kini ia diusahakan secara proaktif khasnya di kawasan Kalimantan, Indonesia.
Buah Belinjo yang cukup matang dituai dan bijinya diambil yang kemudiannya dijadikan emping sebelum dikeringkan. Tahukah anda, disebalik rasanya yang lemak2 beserta sedikit pahit2 sedap, emping ini kaya dengan antioksidan dan protien serta sangat baik untuk mereka yang menghadapi masalah kolesterol dalam darah.
Di Tawau, majoriti produk belinjo datang dari Kalimantan, Indonesia; samada dalam bentuk mentah atau siap proses. Salah satu produk belinjo yang mendapat tempat dihati peminat kerepek ialah EMPING BELINJO MANIS PEDAS.
Rasanya manis2, lemak2 pahit dan sedikit cetusan rasa pedas membangkitkan selera anda untuk terus mengunyah. Sedap dikongsi dengan keluarga atau rakan2 dan ditemani minuman panas. Perghhh...
Mari cuba emping belinjo manis pedas kami. Pasti berbaloi...
EMPING BELINJO MANIS PEDAS
PEK 250G : RM10
kos pos laju ke Semenanjung / Sarawak
RM15
untuk setiap 4 pek.
*Kos pos tidak termasuk caj GST
Anda yang berminat nak order, sila WhatsApp ke 012 8398783.
No comments:
Post a Comment