Followers

Thursday, May 22, 2014

SENANGNYA NAK BUAT CHEESE CAKE MELELEH DI RUMAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terliurnya.. sana sini orang post pasal cheese cake meleleh atau snow cheese cake. Ada jugak dorang bagi resepi, tapi payahlah nak cari tepung hongkong lah.. tepung superfine lah.. kemudian nak asing telur kuning dengan yang putih lah.., pening kan. Alih2 main order yang dah siap. Tapi tulah, tak puas.. Setapau kecik tu pun dah 7, 8 hinggit. Tu tapau kecik. Nak tak nak, terpaksa makan sorang2. Kalau bawak balik.., mengalah dengan anak2. Sorang sesuap.. ndukk ai.. sedihnya.

Hari ni nak perkenalkan 1 premix yang benar2 lazat dan mudah disediakan. Tak perlu pening2 kepala cari tepung itu lah ini lah.. cuma sediakan telur, minyak makan dan air saja. Yang lain tanggung beres. 


Ha.. ni lah dia. Kek Gebu Mabeles Mix. Memang lazat.., memang gebus.. ideal sungguh kalau nak dijadikan base kek birthday atau cheese cake meleleh tu. Mudah saja ni nak buat. Tak caya? Jom saya tunjukkan.

 Ni bahan-bahan yang anda perlukan 

500g Kek Gebu Mabeles Mix (sebungkus lah tu)
6 biji telur gred A
75ml minyak makan
75ml air

Itu je.. adunan ni boleh dipelbagaikan flavor nya dengan menambah emulco / esen yang anda suka. Contohnya, kalau nak kek pandan, just tambah esen atau emulco perisa pandan. Tapi kali ni , kita buat perisa original ya.

 Memula, masukkan premix ke dalam mangkuk mixer dan kemudian masukkan telur.

 Masukkan pula air.

 Akhir sekali, masukkan minyak masak. (Kalau nak letak emulco / esen, tambah time ni ya)

 Sekarang putar dengan kelajuan tinggi selama 12 minit. 

 Putar.. jangan tak putar. Ni kalau ader stand mixer, baik pakai. Taklah lenguh tangan menggoyang mixer tu. 12 minit tu cik Yah oii.. bukan sekejap..

 Ni lah rupa adunan yang cukup diputar selama 12 minit tu... ia kembang 2 kali ganda dari ukuran asal dan berwarna kuning pucat.

 Ok, now alas loyang 8x8 dengan kertas minyak. Kalau takde kertas minyak, pakai je kertas A4. Hahhaha.., serious bah.. ni lah kerja saya kat dapur. Kalau takde kertas minyak, saya gantikan je ngan kertas A4.. Takat ni tak pernah lagi pakai kertas surat khabar.. hahahhaha.. mati lah jugak..

Opps, lupa nak gitau. Loyang tu tak perlu di gris tau. Dah siap alas cantik2, tuang adunan hingga aras setengah ketinggian loyang. 

Ha.. macam ni. Hentak2 sikit loyang tu untuk lepaskan air bubble dalam adunan kek. Sekarang ni, panaskan oven dan kemudian bakar pada suhu 180C selama 30 minit.

 Dah siap... masa ni.. ruang dapur, ruang tamu dan segala ceruk ruang rumah.. wangi.. macam bakery..

 Sejurus keluar dari oven, terus keluarkan kek dari loyang dengan cara menelangkupkan loyang kek ke atas rak dawai. Kemudian tarik kertas perlahan-lahan dan alihkannya daripada kek.

 Jangan tak tau, 1 pek premix ni menghasilkan 2 loyang kek. Memang berbaloi. Sila biarkan kek sejuk sendiri, baru kita belah untuk letak krim di tengah-tengah atau mula mendeko.

 Ni lah rupa cheese cake meleleh saya. Siap letak dalam talam lagi you. Kan kek tu jadinya 2. So, 1 saya buat cheese nya meleleh..

Yang 1 lagi, saya buat snow cheese cake.. Dua-dua sedap.. dua-dua mabeles!!

Ni pulak, saya buat birthday cake anak saya.. che.. instant bakers mami dia..

La.. ader yang nak resepi cheese meleleh juge ker? Ok.... senang je..
250g cream cheese 
setengah tin susu manis (tin yang rendah)
50ml air panas.
Cheddar cheese block (parut)

Penyediaan:-
1. Satukan cream cheese dengan susu manis dan putar dalam mixer sehingga sebati dan tidak berketul.
2. Kalau nak cream kita ni meleleh, sila tambah air panas dan kacau pakai senduk. kalau tak nak ia meleleh, yakni nak buat snow cheese cake, toksa tambah air panas. Tu je.. senang kan..
3. Lepas tu parutlah cheddar cheese dan tabur rata2 atas kek... walla!!! Dah siap!! Sedapnya..!!

Amacam senang tak? Lepas ni boleh lah buat sendiri di rumah. Lagi puas kan. Lagi satu, harga premix ni pun memang berpatutan. 

Cuma RM10/pek!!!
(Tak masuk kos pos)

 Ni anak2 saya seronok menikmati setalam cheese cake meleleh... Di bawah ni pulak percubaan pertama customer2 saya. Ada lagi.. tapi takpa lah, saya share 2 ni je.. Happynya tengok mereka berjaya buat kek yang lazat. 



Berminat nak order, sila SMS atau WhatsApp ke 016 829 9608
Kalau anda tinggal di sekitar Tawau, COD area Tawau pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat dan kos penghantaran adalah percuma bagi setiap belian 2 pek mana2 produk kami.
Jika anda berada di Lahad Datu, Kunak atau Kota Kinabalu pengiriman melalui bas ekspress boleh diatur dengan kos serendah RM5/kotak (berat sehingga 5kg).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...