Followers

Thursday, May 29, 2014

SNEK TEMPATAN SABAH : KUIH CINCIN SABAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

SABAH memang sinonim dengan pelbagai jenis makanan kerana kepelbagaian suku kaum yang hidup di negeri di bawah bayu ini. 

Antara yang menarik ialah kuih cincin asli Sabah yang dibuat dan diproses khususnya di daerah Papar yang terletak kira2 sejam perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah. 

Kiuh cincin yang dihasilkan di sini amat lazat, rangup dan langsung tidak menggunakan gula putih. Ramai pelanggan saya berpuas hati dengan mutu dan kesegaran kuih cincin kami. Percaya tak, kuih cincin ini dihantar segar ke seluruh pelosok Sabah termasuk Tawau menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Jangkauan masa untuk produk ini sampai ke Tawau adalah sekitar 8 ke 10 jam perjalanan. 

Produk ini mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada penduduk tempatan, malah mereka yang berada jauh di Sememnanjung dan Sarawak. Rasanya yang segar, rangup dan sederhana manis gula apong yang diperolehi dari pokok nipah menarik minat ramai penggemar untuk menikmatinya. 

Kuih Cincin asli Sabah lazat dinikmati ketika menonton tv, berkelah, santai bersama keluarga, parti harijadi, majlis keramaian bersama kawan-kawan atau hidangan unik di aidilfitri. 


KUIH CINCIN SABAH
PEK SEDERHANA (18 PCS) : RM10
PEK BESAR (38PCS) : RM20
KOS POS LAJU KE SEMENANJUNG / SARAWAK : RM15
 UNTUK SETIAP 3 PEK SEDERHANA
ATAU
2 PEK BESAR

PENGHATARAN KE SEKITAR SABAH ADALAH MENGGUNAKAN
PERKHIDMATAN BAS EKSPRESS




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...