Followers

Sunday, April 28, 2013

KEMILAU MUTIARA SABAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sabah ni memang kaya dengan sumber alam.. khasnya sumber merin. Semporna dan Kunak khasnya mempunyai kualiti air laut yang bersih dan masih terpelihara. Sebab itu, ramai pengusaha yang mengusahakan hasil laut dari pelbagai jenis ikan hiasan, rumpai laut dan penternakan mutiara. 


Mutiara ni ada 2 jenis iaitu mutiara air masin dan mutiara air tawar. Mutiara air masin (laut) sangat mahal dan berbetuk bulat. Ia terdiri dari pelbagai warna.. pink, peach dan hitam. Mutiara laut yang liar boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit.




Mutiara air tawar atau muara pulak lebih popular kerana ada pelbagai bentuk. Ada yang bulat dan ada yang lonjong (oval) serta terdiri daripada warna2 pink, peach, purple dan hitam/kelabu.  Mutiara jenis ini tidak terlalu mahal tetapi jika ia dari jenis liar.., harganya tidak kurang mahalnya. Bagi yang diternak.., harganya lebih berpatutan.




Tahu tak macam mana nak tentukan mutiara tu asli atau tak? Senang je ye.
1. Mutiara asli tidak mempunyai bentuk yang betul2 perfect bulat sebab mutiara ini secara semulajadi dalam tiram. Kalau yang palsu, bentuknya benar2 bulat seperti manik kerana ia dibuat dengan mesin dan kemudian di saluti dengan cat glos.
2. Permukaan mutiara asli tidak akan melecet jika dibakar atau dikikis. jadi, jika anda membeli mutiara pastikan anda kikis2 permukaan mutiara dengan kuku anda. Jika lapisan nya terbuka atau tekoyak.. bermakna mutiara itu palsu. 
3. Mutiara asli lebih mampat dan berat dari mutiara palsu yang biasanya diperbuat daripada plastik. 

Perhiasan berasaskan mutiara semakin popular sekarang berikutan kenaikan harga emas dan perak. Di Sabah, ia biasanya diikat menggunakan gegelung getah atau menggunakan logam bukan emas/perak. Ia amat cantik kerana mutiara asli mengeluarkan sinar kemilau yang amat memikat dan sesuai dipakai pada bila2 masa. 

Penjagaan barang kemas mutiara sama dengan penjagaan barang perhiasan emas anda. Ia mesti disimpan dalam bekas khas bertutup beralas span atau kapas. 


Malam ni nak perkenalkan koleksi produk mutiara asli kami. Sesuai dijadikan sebagai hadiah harijadi, hadiah kahwin atau dipakai di majlis keramaian atau digayakan di pagi raya.




 set loket & gelang kanak-kanak (LMK01) 
RM80/set



 Set loket dan gelang dewasa (LMD01)
RM100/set

MS001: Mutiara putih


MS001 : Mutiara putih

MS001 : Tiger eye (mata harimau)


 Set butang Baju Melayu (5pcs setiap set)

(MS001)
RM20/set

MS002 : Mutiara Putih

MS002 : Mutiara Hitam

 Set butang Baju Melayu (5pcs setiap set)
* mutiara besar
(MS002)
RM25/set


RANTAI TANGAN GM011
Diikat dengan logam saduran warna keemasan


Rantai Tangan GM012
Diikat dengan logam saduran warna keemasan

Rantai Tangan GM013
Diikat dengan logam saduran warna silver & golden

Rantai Tangan GM002
Diikat dengan logam saduran warna perak

Rantai tangan GM003
Diikat dengan logam saduran warna keemasan


 Rantai Tangan GM004
Diikat dengan logan saduran warna keemasan

Rantai Tangan GM005
Diikat dengan logam saduran warna perak

 Rantai Tangan GM006 
Diikat dengan logam saduran warna perak

RM40/pc

 Kerongsang Juntai mutiara dan mata kucing
(MS003)
RM15/pc

 Set Kerongsang Juntai (3pcs)
MS004
 Set kerongsang Juntai (3pcs)
MS005

RM25/set


 Gelang mutiara GM007 (full pearl)
Diikat dengan tali tangsi
Juga ada mutiara hitam, mata harimau, mata kucing & kirstal penuh

Kanak-kanak : RM20/pc
Dewasa : RM30/pc

.Gelang Mutiara beselang-seli dengan batu kristal
kanak-kanak
Diikat dengan tali tangsi elastik
 GM008
RM12/pc

Gelang Batu Kristal kanak-kanak
Diikat dengan tali tangsi elastik 
GM008
RM12/ps

Belian borong amat dialu-alukan & diskaun istimewa akan diberikan. 
Semua harga tidak termasuk kos pos.

Berminat? Sila isi BORANG ORDER atau SMS/WhatsApp ke 016 829 9608 (Hidayati).

Wasalam.





Thursday, April 25, 2013

RAHSIA RUMPAI LAUT : ARTIKEL BERITA HARIAN 15/4

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Rahsia rumpai laut

Rahsia rumpai laut
Klik gambar untuk ke artikel sebenar
Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. 
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. 
Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai. 

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan? 
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit. 

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil. 

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan. 
Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen. 

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral. 

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

INFO: Rumpai laut
* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia 

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.


Sudah ternyata Rumpai Laut ni baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ramai pakar telah mengesahkannya. Bukan itu saja, ramai juga pengguna rumpai laut telah menikmati hidup yang lebih sihat dan kulit yang lebih cantik.  Rumpai laut adalah bahan natural dan tidak mempunyai kesan sampingan buruk kecuali jika diambil secara berlebihan. Mulai hari ni.. makanlah rumpai anda secara teratur pada sukatan yang kecil. 









Wednesday, April 24, 2013

RUMPAI LAUT : INDUSTRI BERIMPAK BESAR!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.





Negara kita kaya dengan sumber alam. Dari segenap daratan hingga ke dasar lautan. Di dalam sektor perikanan, Kementerian Pertanian telah mengenal
pasti potensi akuakultur, ikan hiasan dan rumpai laut sebagai komoditi pertanian bernilai tinggi yang diberi tumpuan. Dianggarkan seramai 1,200 penanam rumpai laut di persisiran pantai timur Sabah yang telah mengusahakannya semenjak tahun 1989.

Produk rumpai laut mempunyai pasaran yang luas dalam pembuatan 
produk berasaskan makanan dan bukan makanan seperti kosmetik, syampu, losyen dan lain-lain. Industri ini dijangka terus berkembang setelah melihat potensi khasiat rumpai itu sendiri. Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 telah mengenalpasti rumpai laut sebagai salah satu komoditi perikanan bernilai tinggi dan diunjurkan akan meningkat kepada 900,000 tan metrik. Nilai eksport rumpai laut dalam bentuk kering dan karageenan dijangka mencecah 1.4 bilion pada tahun 2020. Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom, Filipina dan Jepun adalah merupakan Negara pengimport utama rumpai laut kering kita.


Tahukah anda, Jabatan Perikanan juga telah berjaya membangunkan Piawaian 
Rumpai Laut MS 2467: 2012 yang merupakan panduan yang sangat penting untuk penanam dan pengilang rumpai laut bagi meningkatkan pendapatan, kualiti dan produktiviti.

Sedihnya kebelakangan ni.. banyak betul blog2 dan wall2 FB yang "copy-paste" berita angin pasal Rumpai Laut Sabah. Tapi tahu kah anda.., mereka yang kopi pes berita angin ni bersumberkan dari sebuah blog. Penulis blog itu, BUKAN DOKTOR, BUKAN SAINTIS.. cuma SEORANG AKTIVIS saja. JIka anda betul2 baca apa yang dia tulis dan apa yang di kopipes.. hanya berdasarkan google juga. Saya turut terjumpa blog2 yang bukan saja kopipes malah turut menambah PERISA dalam cerita mereka untuk memburukkan lagi profile RUMPAI SABAH. 

Jadi siapa yang boleh sahkan khasiat & zat serta kandungan kolagen dalam seaweed? Cuma pakar2 dari USM, UPM, British Medical Board atau pihak LKIM itu sendiri. 

Sebelum itu kita mesti tahu apa itu kolagen? Ok dengar ni ya..

Kolagen ialah sejenis protien yang diperbuat daripada asid amino. ia terbentuk daripada karbon, oksigen dan hidrogen.

Bermakna dalam huraian kandungan zat dalam rumpai.. ahli pengkaji / saintis tidak menyatakannya sebagai kolagen tetapi menyenaraikannya sebagai komponen asid amino (amino acid profiles). Saya lapirkan disini link tesis / kajian yang dibuat oleh UPM bertajuk HEALING POWER OF MALAYSIAN SEAWEED. 
Cer cari.. ader tak kandungan kumpulan asid amino dalam rumpai.. 

Apa pun spekulasinya, rumpai laut telah menerima banyak pengiktirafan atas keberkesanannya sebagai kuasa penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit kronik, masalah kulit dan anti-aging (anti penuaan). Bukan itu saja ia amat berpotensi untuk merawat kanser dan bebaru ni turut dikaji sebagai bakal penyembuh AIDS... tapi masih dalam kajian ye..  

Tahukah anda? Negara2 "anchor" rumpai seperti Jepun dan Filipina mengimport seaweed kita untuk pembuatan kosmetik, produk makanan dan produk2 spa. Kenapa? Sebab mereka tahu POTENSI SEBENAR seaweed kita. Negara Filipina misalnya, ialah pengeluar rumpai ke-3 terbesar di dunia..pun masih import seaweed kita untuk pembuatan produk2 kecantikan, spa dan makanan. Ironinya, produk2 itu dieksport kembali ke negara kita dan kita beli produk2 yang mengandungi ekstrak seaweed kita sendiri pada harga yang jauh lebih mahal. Tak ke bodoh tu? 

PENGELUARAN RUMPAI SABAH takkan terjejas apa2 hanya sebab khabar angin sebaran mereka ni sebab.. RUMPAI SABAH DIEKSPORT KE LUAR NEGARA PADA SKALA BESAR! DAN IA ADALAH TETAP! Jadi siapa yang rugi? Kitalah..khasnya mereka yang berada di Semenanjung. Kami di Sabah.. ok jak. Mau makan, mau cantik.. petik je belakang rumah. Maksudnya.. rumpai tu sentiasa ada dan ia mudah untuk kami perolehi. Namun,kita sudah sia-siakan anugerah alam untuk kita gunakan. BAHAN UTAMA industri produk2 kecantikan dan makanan itu tumbuh di negara kita khasnya di SABAH.. dan kita berkomplot menjatuhkannya. Kita bertelingkah satu sama lain.. orang luar tepuk tangan. Tahniahlah!!

Berminat nak order? Sila klik SINI

Monday, April 22, 2013

BENARKAN DAKWAAN BAHAWA RUMPAI LAUT TIADA KOLAGEN? ATAU SEKADAR FITNAH SEMATA-MATA.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Benarkah Dakwaan Bahawa Rumpai Laut Tiada Kolagen? 

Sejak akhir-akhir ini, terdapat penyebaran dari individu-individu dan blog-blog tertentu bahawa rumpai laut tidak mengandungi kolagen dan tiada langsung kebaikan dalam bidang kosmetik. 

Adalah tidak adil jika kita menerima bulat-bulat dakwaan ini tanpa menyelidik terlebih dahulu kerana kemungkinan besar ia disebarkan oleh pengusaha-pengusaha kolagen dari sumber lain yang pastinya cemburu dengan industri rumpai laut yang mencecah 4 bilion setahun di Malaysia.

Sejak keberkesanan rumpai laut dalam bidang kecantikan dan kesihatan 'meletup' di Malaysia, jualan produk-produk kolagen lain merosot dengan mendadak. Kenapa tidak, rumpai laut adalah jauh lebih murah berbanding dengan produk-produk kolagen tersebut. Perbuatan sabotaj seperti ini pernah terjadi kepada industri minyak sawit kita suatu ketika dahulu, dimana pengusaha-pengusaha industri minyak Soya, khususnya dari US pernah memfitnah minyak Kelapa Sawit boleh menyebabkan kanser. Ketika itu industri minyak sawit kita merundum jatuh. Sehinggakan orang kita sendiri ada yang takut menggunakan minyak sawit.

Projek Rumpai Laut adalah salah satu projek yang dimulakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Kajian-kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar dari UMS, British Medical Board, Harvard dan banyak lagi pakar-pakar dari dalam dan luar negara yang mendapati bahawa rumpai laut mengandungi pelbagai khasiat yang sangat tinggi bukan sahaja unutk kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan.






Jika anda menerima penyebaran sebegini jangan like atau share kerana anda bersubahat menghancurkan industri rumpai laut negara seperti mana "mereka" yang cuba menghancurkan industri minyak sawit negara suatu masa dulu.

Perlu diingatkan bahawa industri rumpai laut 90% terdiri dari kaum bumiputra khususnya penduduk-penduduk di luar bandar. Jadi jangan anda bantu hancurkan industri ini.

Sebaliknya, anda boleh like atau share info ini bagi menyedarkan masyarakat akan taktik-taktik halus sesetengah golongan ini.

Tunggu pendedahan selanjutnya dari saya. Pastikan anda follow blog ini supaya anda tidak ketinggalan pendedahan seterusnya dari saya.

SILA SHARE jika anda rasa ia bermanafaat untuk diri, bangsa dan negara anda...terima kasih




Tuesday, April 16, 2013

TIPS CANTIK DAN SIHAT DENGAN RUMPAI LAUT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semakin hari semakin ramai yang mengambil rumpai laut sebagai makanan tambahan untuk kecantikan dan kesihatan. Penyebab fenomena ini iaalah keaslian dan keberkesanan rumpai laut dalam merawat beberapa penyakit kronik dan seterusnya memulihara kecantikan pengguna. Ramai antara kita kurang peka bab2 sukatan pengambilan. Sedihnya, ada antara kalangan penjual yang memaparkan sukatan pengambilan yang banyak dengan niat untuk menghabiskan stok yang ada. Lebih malang lagi, ramai kalangan pengguna yang tak tahu akibat makan PMC terlalu banyak atau makan PMC yang telah lama disimpan.

Jom.. kak kongsikan tips cantik dan sihat dengan rumpai. Semoga menjadi panduan kepada anda yang baru ingin mencuba atau yang dalam makan rumpai dan mengalami beberapa komplikasi.

Tips # 1
Rumpai bertindak sebagai ejen awet muda dimana jika kita mengambilnya kita sedang cuba mengembalikan keremajaan kita. Secara langsung, kita sedang mengganggu proses semulajadi manusia iaitu penuaan. Sekiranya anda telah mengambil PMC dalam 2 bulan ke atas, sila kurangkan masa pengambilan kepada 2 - 3 kali seminggu sahaja. Maknanya, jika dulu makan hari2, la ni makan pada sukatan yang sama cuma jarakkan masa pengambilan kepada  2 - 3 kali seminggu sahaja. Contohnya setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan kadar perubahan/ ketidakstabilan hormon. 

Tips # 2
Rumpai kaya dengan pelbagai mineral dan zat. Jangan makan rumpai secara berlebihan atas sebab nak cepat cantik. Akhirnya anda masuk hospital kerana keracunan / ketidak seimbangan hormon yg melampau. makanlah pmc pada sukatan yg kecil dan tetap.

Tips #3
Berikut ialah sukatan bagi anda yg baru ingin mencuba rumpau. Sukatan ini boleh diguna pakai sehingga pengambilan 2 bulan.

Gred AA (kuning) 


A. Wanita dan lelaki yg berumur 25 thn ke bawah:-
3 sudu sehari sekali atau 1.5 masing2 sudu pagi dan malam.


B. Kanak2 berumur 10thn ke atas:-
1 sudu teh seminggu 2 kali.

Gred AAA (ungu)


A. Wanita berumur 25 - 35 thn:-
2 sudu sehari sekali sahaja atau 1 sudu masing2 pagi dan malam.


B. Wanita 35 - 45thn.
3 sudu sehari sekali sahaja atau 1.5 sudu masing2 pagi dan petang.

Gred AAAA (Hijau)

A. Wanita dan lelaki berumur 25 - 30 thn
1 sudu sehari sekali sahaja


B. Wanita dan lelaki berumur 30 - 40 thn ++
2 sudu sehari sahaja atau 1 sudu masing2 pagi dan malam.


C. Wanita dan lelaki berumur 50thn ++ 
3 sudu sehari atau 1.5 sudu masing2 pagi dan malam


D. Wanita dan lelaki berumur 55 thn ++ 
4 sudu sehari atau 2 sudu masing2 pagi dan malam.

** selepas 2 bulan pengambilan, gunakan sukatan yg sama cuma tidak di ambil setiap hari. Jarakkan pengambilan kepada 2 - 3 kali seminggu sahaja.



Tips #4
Air ialah sumber kehidupan. Sentiasalah minum banyak air kosong sebaik-baiknya tanpa ais batu atau tidak sejuk. Kenapa?
1. Air sejuk antara penyebab perut buncit.
2. Bila kita minum air sejuk, kita akan lega dengan cepat sedangkan kuantiti air yang kita minum adalah sedikit. 
3. Kajian menunjukkan, jika kita minum air sejuk/air ais selepas makan makanan berat, lemak tepu akan terbentuk dalam perut sebelum makanan diproses.
4. Minum air kosong sangat membantu untuk melegakan batuk dan selsema juga menurunkan suhu badan.
5. Minum air kosong turut membantu keberkesanan produk2 kecantikan yang anda gunakan termasuk rumpai laut, produk pelangsingan sama ada jenis dimakan atau disapu pada kulit, produk pencerahan kulit dan lain2.
6. Tabiat meminum air kosong membantu melembabkan kulit kita.


Eh?! Ader yang nak order? Sila isi borang ringkas kat side bar.

Harga serendah:-

Hijau : RM60 (10 pek + free postage)
Ungu : RM50 (10 pek + free postage)
Kuning : RM40 (10 pek + free postage)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...