Followers

Monday, April 22, 2013

BENARKAN DAKWAAN BAHAWA RUMPAI LAUT TIADA KOLAGEN? ATAU SEKADAR FITNAH SEMATA-MATA.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Benarkah Dakwaan Bahawa Rumpai Laut Tiada Kolagen? 

Sejak akhir-akhir ini, terdapat penyebaran dari individu-individu dan blog-blog tertentu bahawa rumpai laut tidak mengandungi kolagen dan tiada langsung kebaikan dalam bidang kosmetik. 

Adalah tidak adil jika kita menerima bulat-bulat dakwaan ini tanpa menyelidik terlebih dahulu kerana kemungkinan besar ia disebarkan oleh pengusaha-pengusaha kolagen dari sumber lain yang pastinya cemburu dengan industri rumpai laut yang mencecah 4 bilion setahun di Malaysia.

Sejak keberkesanan rumpai laut dalam bidang kecantikan dan kesihatan 'meletup' di Malaysia, jualan produk-produk kolagen lain merosot dengan mendadak. Kenapa tidak, rumpai laut adalah jauh lebih murah berbanding dengan produk-produk kolagen tersebut. Perbuatan sabotaj seperti ini pernah terjadi kepada industri minyak sawit kita suatu ketika dahulu, dimana pengusaha-pengusaha industri minyak Soya, khususnya dari US pernah memfitnah minyak Kelapa Sawit boleh menyebabkan kanser. Ketika itu industri minyak sawit kita merundum jatuh. Sehinggakan orang kita sendiri ada yang takut menggunakan minyak sawit.

Projek Rumpai Laut adalah salah satu projek yang dimulakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Kajian-kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar dari UMS, British Medical Board, Harvard dan banyak lagi pakar-pakar dari dalam dan luar negara yang mendapati bahawa rumpai laut mengandungi pelbagai khasiat yang sangat tinggi bukan sahaja unutk kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan.






Jika anda menerima penyebaran sebegini jangan like atau share kerana anda bersubahat menghancurkan industri rumpai laut negara seperti mana "mereka" yang cuba menghancurkan industri minyak sawit negara suatu masa dulu.

Perlu diingatkan bahawa industri rumpai laut 90% terdiri dari kaum bumiputra khususnya penduduk-penduduk di luar bandar. Jadi jangan anda bantu hancurkan industri ini.

Sebaliknya, anda boleh like atau share info ini bagi menyedarkan masyarakat akan taktik-taktik halus sesetengah golongan ini.

Tunggu pendedahan selanjutnya dari saya. Pastikan anda follow blog ini supaya anda tidak ketinggalan pendedahan seterusnya dari saya.

SILA SHARE jika anda rasa ia bermanafaat untuk diri, bangsa dan negara anda...terima kasih




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...