Followers

Wednesday, April 24, 2013

RUMPAI LAUT : INDUSTRI BERIMPAK BESAR!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.





Negara kita kaya dengan sumber alam. Dari segenap daratan hingga ke dasar lautan. Di dalam sektor perikanan, Kementerian Pertanian telah mengenal
pasti potensi akuakultur, ikan hiasan dan rumpai laut sebagai komoditi pertanian bernilai tinggi yang diberi tumpuan. Dianggarkan seramai 1,200 penanam rumpai laut di persisiran pantai timur Sabah yang telah mengusahakannya semenjak tahun 1989.

Produk rumpai laut mempunyai pasaran yang luas dalam pembuatan 
produk berasaskan makanan dan bukan makanan seperti kosmetik, syampu, losyen dan lain-lain. Industri ini dijangka terus berkembang setelah melihat potensi khasiat rumpai itu sendiri. Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 telah mengenalpasti rumpai laut sebagai salah satu komoditi perikanan bernilai tinggi dan diunjurkan akan meningkat kepada 900,000 tan metrik. Nilai eksport rumpai laut dalam bentuk kering dan karageenan dijangka mencecah 1.4 bilion pada tahun 2020. Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom, Filipina dan Jepun adalah merupakan Negara pengimport utama rumpai laut kering kita.


Tahukah anda, Jabatan Perikanan juga telah berjaya membangunkan Piawaian 
Rumpai Laut MS 2467: 2012 yang merupakan panduan yang sangat penting untuk penanam dan pengilang rumpai laut bagi meningkatkan pendapatan, kualiti dan produktiviti.

Sedihnya kebelakangan ni.. banyak betul blog2 dan wall2 FB yang "copy-paste" berita angin pasal Rumpai Laut Sabah. Tapi tahu kah anda.., mereka yang kopi pes berita angin ni bersumberkan dari sebuah blog. Penulis blog itu, BUKAN DOKTOR, BUKAN SAINTIS.. cuma SEORANG AKTIVIS saja. JIka anda betul2 baca apa yang dia tulis dan apa yang di kopipes.. hanya berdasarkan google juga. Saya turut terjumpa blog2 yang bukan saja kopipes malah turut menambah PERISA dalam cerita mereka untuk memburukkan lagi profile RUMPAI SABAH. 

Jadi siapa yang boleh sahkan khasiat & zat serta kandungan kolagen dalam seaweed? Cuma pakar2 dari USM, UPM, British Medical Board atau pihak LKIM itu sendiri. 

Sebelum itu kita mesti tahu apa itu kolagen? Ok dengar ni ya..

Kolagen ialah sejenis protien yang diperbuat daripada asid amino. ia terbentuk daripada karbon, oksigen dan hidrogen.

Bermakna dalam huraian kandungan zat dalam rumpai.. ahli pengkaji / saintis tidak menyatakannya sebagai kolagen tetapi menyenaraikannya sebagai komponen asid amino (amino acid profiles)Saya lapirkan disini link tesis / kajian yang dibuat oleh UPM bertajuk HEALING POWER OF MALAYSIAN SEAWEED. 
Cer cari.. ader tak kandungan kumpulan asid amino dalam rumpai.. 

Apa pun spekulasinya, rumpai laut telah menerima banyak pengiktirafan atas keberkesanannya sebagai kuasa penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit kronik, masalah kulit dan anti-aging (anti penuaan). Bukan itu saja ia amat berpotensi untuk merawat kanser dan bebaru ni turut dikaji sebagai bakal penyembuh AIDS... tapi masih dalam kajian ye..  

Tahukah anda? Negara2 "anchor" rumpai seperti Jepun dan Filipina mengimport seaweed kita untuk pembuatan kosmetik, produk makanan dan produk2 spa. Kenapa? Sebab mereka tahu POTENSI SEBENAR seaweed kita. Negara Filipina misalnya, ialah pengeluar rumpai ke-3 terbesar di dunia..pun masih import seaweed kita untuk pembuatan produk2 kecantikan, spa dan makanan. Ironinya, produk2 itu dieksport kembali ke negara kita dan kita beli produk2 yang mengandungi ekstrak seaweed kita sendiri pada harga yang jauh lebih mahal. Tak ke bodoh tu? 

PENGELUARAN RUMPAI SABAH takkan terjejas apa2 hanya sebab khabar angin sebaran mereka ni sebab.. RUMPAI SABAH DIEKSPORT KE LUAR NEGARA PADA SKALA BESAR! DAN IA ADALAH TETAP! Jadi siapa yang rugi? Kitalah..khasnya mereka yang berada di Semenanjung. Kami di Sabah.. ok jak. Mau makan, mau cantik.. petik je belakang rumah. Maksudnya.. rumpai tu sentiasa ada dan ia mudah untuk kami perolehi. Namun,kita sudah sia-siakan anugerah alam untuk kita gunakan. BAHAN UTAMA industri produk2 kecantikan dan makanan itu tumbuh di negara kita khasnya di SABAH.. dan kita berkomplot menjatuhkannya. Kita bertelingkah satu sama lain.. orang luar tepuk tangan. Tahniahlah!!

Berminat nak order? Sila klik SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...