Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Semakin hari semakin ramai yang mengambil rumpai laut sebagai makanan tambahan untuk kecantikan dan kesihatan. Penyebab fenomena ini iaalah keaslian dan keberkesanan rumpai laut dalam merawat beberapa penyakit kronik dan seterusnya memulihara kecantikan pengguna. Ramai antara kita kurang peka bab2 sukatan pengambilan. Sedihnya, ada antara kalangan penjual yang memaparkan sukatan pengambilan yang banyak dengan niat untuk menghabiskan stok yang ada. Lebih malang lagi, ramai kalangan pengguna yang tak tahu akibat makan PMC terlalu banyak atau makan PMC yang telah lama disimpan.
Jom.. kak kongsikan tips cantik dan sihat dengan rumpai. Semoga menjadi panduan kepada anda yang baru ingin mencuba atau yang dalam makan rumpai dan mengalami beberapa komplikasi.
Tips # 1
Rumpai bertindak sebagai ejen awet muda dimana jika kita mengambilnya kita sedang cuba mengembalikan keremajaan kita. Secara langsung, kita sedang mengganggu proses semulajadi manusia iaitu penuaan. Sekiranya anda telah mengambil PMC dalam 2 bulan ke atas, sila kurangkan masa pengambilan kepada 2 - 3 kali seminggu sahaja. Maknanya, jika dulu makan hari2, la ni makan pada sukatan yang sama cuma jarakkan masa pengambilan kepada 2 - 3 kali seminggu sahaja. Contohnya setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan kadar perubahan/ ketidakstabilan hormon.
Tips # 2
Rumpai kaya dengan pelbagai mineral dan zat. Jangan makan rumpai secara berlebihan atas sebab nak cepat cantik. Akhirnya anda masuk hospital kerana keracunan / ketidak seimbangan hormon yg melampau. makanlah pmc pada sukatan yg kecil dan tetap.
Tips #3
Berikut ialah sukatan bagi anda yg baru ingin mencuba rumpau. Sukatan ini boleh diguna pakai sehingga pengambilan 2 bulan.
Gred AA (kuning)
A. Wanita dan lelaki yg berumur 25 thn ke bawah:-
3 sudu sehari sekali atau 1.5 masing2 sudu pagi dan malam.
B. Kanak2 berumur 10thn ke atas:-
1 sudu teh seminggu 2 kali.
Gred AAA (ungu)
A. Wanita berumur 25 - 35 thn:-
2 sudu sehari sekali sahaja atau 1 sudu masing2 pagi dan malam.
B. Wanita 35 - 45thn.
3 sudu sehari sekali sahaja atau 1.5 sudu masing2 pagi dan petang.
Gred AAAA (Hijau)
A. Wanita dan lelaki berumur 25 - 30 thn
1 sudu sehari sekali sahaja
B. Wanita dan lelaki berumur 30 - 40 thn ++
2 sudu sehari sahaja atau 1 sudu masing2 pagi dan malam.
C. Wanita dan lelaki berumur 50thn ++
3 sudu sehari atau 1.5 sudu masing2 pagi dan malam
D. Wanita dan lelaki berumur 55 thn ++
4 sudu sehari atau 2 sudu masing2 pagi dan malam.
** selepas 2 bulan pengambilan, gunakan sukatan yg sama cuma tidak di ambil setiap hari. Jarakkan pengambilan kepada 2 - 3 kali seminggu sahaja.
Tips #4
Air ialah sumber kehidupan. Sentiasalah minum banyak air kosong sebaik-baiknya tanpa ais batu atau tidak sejuk. Kenapa?
1. Air sejuk antara penyebab perut buncit.
2. Bila kita minum air sejuk, kita akan lega dengan cepat sedangkan kuantiti air yang kita minum adalah sedikit.
3. Kajian menunjukkan, jika kita minum air sejuk/air ais selepas makan makanan berat, lemak tepu akan terbentuk dalam perut sebelum makanan diproses.
4. Minum air kosong sangat membantu untuk melegakan batuk dan selsema juga menurunkan suhu badan.
5. Minum air kosong turut membantu keberkesanan produk2 kecantikan yang anda gunakan termasuk rumpai laut, produk pelangsingan sama ada jenis dimakan atau disapu pada kulit, produk pencerahan kulit dan lain2.
6. Tabiat meminum air kosong membantu melembabkan kulit kita.
Eh?! Ader yang nak order? Sila isi borang ringkas kat side bar.
Harga serendah:-
Hijau : RM60 (10 pek + free postage)
Ungu : RM50 (10 pek + free postage)
Kuning : RM40 (10 pek + free postage)
No comments:
Post a Comment