Followers

Thursday, April 4, 2013

KULITKU BERUBAH SELEPAS MENGAMALKAN RUMPAI LAUT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Kata orang.. kalau nak jual sesuatu tu.. kenalah kat sendiri dulu. Macam tu jugaklah kak ni. Pokoknya., kat rumah kak ni dah macam spa. Rawatan rambut,masker wajah, rawatan rendaman kaki dan rawatan dalaman semua ada.. Hahahaha... Sume guna 1 bahan utama iaitu Pure Marine Collagen atau rumpai laut asli Sabah yang direndam semalaman terlebih dahulu sebelum di rebus.

Seperti yang sume tahu, rumpai ni ader beberapa jenis dan yang paling popular ialah hijau (gred AAAA), ungu (gred AAA) dan kuning (gred AA). Yang ungu adalah yang paling hanyir diikuti oleh yang hijau dan yang kuning. Nak tau bezanya.. hah baca kat kat bawah ni..
PMC GRED AAAA dan PMC GRED AAA & AA 

Hari ni, kak nak share kesan pengambilan PMC pada diri kak sendiri. Hehehehe.. Terus terang memang nampak kesan janji ia di minum secara tetap dan mengikut aturan, pada sukatan yang betul serta minum banyak air kosong. Bukan itu je, kita sangat perlu menjauhi minuman berkafien seperti nescafe, teh, kola dan sebagainya selama sekurang-kurangnya 3 jam selepas mengambil PMC. Ini penting untuk penyerapan optimum semua zat dan khasiat PMC.. kalau tak.. semua khasiat itu keluar melalui air kencing.

Bah.. jom layan gambar2 kak ni. Jangan heran kak pakai tudung yang sama. Tudung ni hadiah suami dan kak memang selalu pakai tudung ni tiap kali keluar. Ntah lah.. tangan kak ni laju je capai tudung ni walau ader banyak tudung yang bersangkut. Suami pula selalu puji kalau kak pakai tudung ni.


Sebelum PMC 
Kulit wajah kak kusam, berjerawat (besar2 pulak tuh). Tanda2 penuaan pun dah ader iaitu kedutan bawah mata, lingkaran gelap bawah mata, kesan parut jerawat dan kulit wajah nampak kasar. Ni siap pakai beauty cream dan bedak tapi tak dapat nak cover juge jerawat tuh.

 3 minggu selepas PMC
Kulit wajah semakin baik. Jerawat dah semakin surut. Lingkaran gelap bawah mata pun dah takde. Pori jelas mengecil. Kulit pun agak cerah.

 1 bulan selepas PMC
Kulit wajah jelas bertambah baik dan glowing. Kulit semakin mulus dan cerah.

 2 bulan lepas PMC
Kulit wajah jelas berubah. Tak perlu pakai bedak tebal2. Kedutan pada dahi, tepi dan bawah mata, lingkaran gelap bawah mata dan semua struktur kasar kulit hilang sama sekali. 
 Parut bekas jerawat juga hilang. Bukan takat wajah je berubah, keseluruhan kulit badan juga cerah dan kesan2 regangan semasa mengandung juga turut pulih. Kini hampir tidak kelihatan.


Ini lah beza dulu dan sekarang. Alhamdulillah.
p/s : Kak dah berumur 39 tahun.


Rileks.. tenangkan fikiran dan nikmati rawatan masker PMC anda hari ni.
Bersih dah muka.. garis halus dan kedutan sudah tidak kelihatan.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...