Followers

Thursday, May 22, 2014

SENANGNYA NAK BUAT CHEESE CAKE MELELEH DI RUMAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terliurnya.. sana sini orang post pasal cheese cake meleleh atau snow cheese cake. Ada jugak dorang bagi resepi, tapi payahlah nak cari tepung hongkong lah.. tepung superfine lah.. kemudian nak asing telur kuning dengan yang putih lah.., pening kan. Alih2 main order yang dah siap. Tapi tulah, tak puas.. Setapau kecik tu pun dah 7, 8 hinggit. Tu tapau kecik. Nak tak nak, terpaksa makan sorang2. Kalau bawak balik.., mengalah dengan anak2. Sorang sesuap.. ndukk ai.. sedihnya.

Hari ni nak perkenalkan 1 premix yang benar2 lazat dan mudah disediakan. Tak perlu pening2 kepala cari tepung itu lah ini lah.. cuma sediakan telur, minyak makan dan air saja. Yang lain tanggung beres. 


Ha.. ni lah dia. Kek Gebu Mabeles Mix. Memang lazat.., memang gebus.. ideal sungguh kalau nak dijadikan base kek birthday atau cheese cake meleleh tu. Mudah saja ni nak buat. Tak caya? Jom saya tunjukkan.

 Ni bahan-bahan yang anda perlukan 

500g Kek Gebu Mabeles Mix (sebungkus lah tu)
6 biji telur gred A
75ml minyak makan
75ml air

Itu je.. adunan ni boleh dipelbagaikan flavor nya dengan menambah emulco / esen yang anda suka. Contohnya, kalau nak kek pandan, just tambah esen atau emulco perisa pandan. Tapi kali ni , kita buat perisa original ya.

 Memula, masukkan premix ke dalam mangkuk mixer dan kemudian masukkan telur.

 Masukkan pula air.

 Akhir sekali, masukkan minyak masak. (Kalau nak letak emulco / esen, tambah time ni ya)

 Sekarang putar dengan kelajuan tinggi selama 12 minit. 

 Putar.. jangan tak putar. Ni kalau ader stand mixer, baik pakai. Taklah lenguh tangan menggoyang mixer tu. 12 minit tu cik Yah oii.. bukan sekejap..

 Ni lah rupa adunan yang cukup diputar selama 12 minit tu... ia kembang 2 kali ganda dari ukuran asal dan berwarna kuning pucat.

 Ok, now alas loyang 8x8 dengan kertas minyak. Kalau takde kertas minyak, pakai je kertas A4. Hahhaha.., serious bah.. ni lah kerja saya kat dapur. Kalau takde kertas minyak, saya gantikan je ngan kertas A4.. Takat ni tak pernah lagi pakai kertas surat khabar.. hahahhaha.. mati lah jugak..

Opps, lupa nak gitau. Loyang tu tak perlu di gris tau. Dah siap alas cantik2, tuang adunan hingga aras setengah ketinggian loyang. 

Ha.. macam ni. Hentak2 sikit loyang tu untuk lepaskan air bubble dalam adunan kek. Sekarang ni, panaskan oven dan kemudian bakar pada suhu 180C selama 30 minit.

 Dah siap... masa ni.. ruang dapur, ruang tamu dan segala ceruk ruang rumah.. wangi.. macam bakery..

 Sejurus keluar dari oven, terus keluarkan kek dari loyang dengan cara menelangkupkan loyang kek ke atas rak dawai. Kemudian tarik kertas perlahan-lahan dan alihkannya daripada kek.

 Jangan tak tau, 1 pek premix ni menghasilkan 2 loyang kek. Memang berbaloi. Sila biarkan kek sejuk sendiri, baru kita belah untuk letak krim di tengah-tengah atau mula mendeko.

 Ni lah rupa cheese cake meleleh saya. Siap letak dalam talam lagi you. Kan kek tu jadinya 2. So, 1 saya buat cheese nya meleleh..

Yang 1 lagi, saya buat snow cheese cake.. Dua-dua sedap.. dua-dua mabeles!!

Ni pulak, saya buat birthday cake anak saya.. che.. instant bakers mami dia..

La.. ader yang nak resepi cheese meleleh juge ker? Ok.... senang je..
250g cream cheese 
setengah tin susu manis (tin yang rendah)
50ml air panas.
Cheddar cheese block (parut)

Penyediaan:-
1. Satukan cream cheese dengan susu manis dan putar dalam mixer sehingga sebati dan tidak berketul.
2. Kalau nak cream kita ni meleleh, sila tambah air panas dan kacau pakai senduk. kalau tak nak ia meleleh, yakni nak buat snow cheese cake, toksa tambah air panas. Tu je.. senang kan..
3. Lepas tu parutlah cheddar cheese dan tabur rata2 atas kek... walla!!! Dah siap!! Sedapnya..!!

Amacam senang tak? Lepas ni boleh lah buat sendiri di rumah. Lagi puas kan. Lagi satu, harga premix ni pun memang berpatutan. 

Cuma RM10/pek!!!
(Tak masuk kos pos)

 Ni anak2 saya seronok menikmati setalam cheese cake meleleh... Di bawah ni pulak percubaan pertama customer2 saya. Ada lagi.. tapi takpa lah, saya share 2 ni je.. Happynya tengok mereka berjaya buat kek yang lazat. 



Berminat nak order, sila SMS atau WhatsApp ke 016 829 9608
Kalau anda tinggal di sekitar Tawau, COD area Tawau pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat dan kos penghantaran adalah percuma bagi setiap belian 2 pek mana2 produk kami.
Jika anda berada di Lahad Datu, Kunak atau Kota Kinabalu pengiriman melalui bas ekspress boleh diatur dengan kos serendah RM5/kotak (berat sehingga 5kg).

Friday, April 25, 2014

i-MUKMIN CHEEZY SAUCE, MASHED POTATO & GRAVY SET DAN TEPUNG MAGIK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Malam ni nak share 3 produk kami yang betul2 mabeles!!! Kami mula menjadi pembekal produk2 ni  untuk kawasan Tawau, Sabah sejak Disember tahun lalu. Ye lah, produk2 ni dah lama terkenal kat Semenanjung. Untuk kami yang berada di Sabah, memang kena order online dan harganya mencecah hingga RM20/pek termasuk kos pos laju. Kesian kami kat Sabah kan.

Oleh kerana anak2 dan saya sendiri sangat gemar makan makanan ala restoran segera seperti ayam goreng rangup, cheezy wedges dan kentang lecek berkuah pekat, timbullah idea untuk mengambil produk2 ni secara pukal dan menjualnya semula di Tawau.

Sambutan memang happening!!! Yelah.. jimatkan dan cara penyediaan pun amat mudah..





Ni lah antara stok kami yang tiba dan ready untuk dihantar kepada customer2 yang dah order dan mereka memberikan feedback yang amat positif terhadap produk2 ni. 

Jom layan antara testemoni pelanggan2 kami..






 Magik Platter... sayuran & tauhu goreng menggunakan Tepung magik

 cheezy wedges... ikonik betullah hidangan ni

 Ayam Goreng Magik ber cheezy
 Ni yang paling best... pisang goreng cheezy...hehehe.. memang terbaek!

 Roti sosej bersos cheezy.. sipa pekena dengan nescafe o..

 Cecah2 pun jadi juga..

Cokodok bawang cecah cheezy memang lazat sekali..

 Roti telur (french toast) dengan cheezy.. memang yummy habis..

Alhamdullilah... seronok sangat tengok mereka happy sediakan hidangan2 hebat untuk keluarga. Penuh kreativiti. Takpe.. kita buat cara kita dema buat cara dema lah kan..janji.. seluruh keluarga dapat duduk semeja dan menikmati hidangan pagi atau petang atau malam bersama dengan penuh selera.

So.. anda yang berada di sekitar Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu.. dah boleh dah.. bercheezy atau bermagik di dapur.. 

Just call us and we deliver... 016 829 9608 (Hidayati) atau boleh ambil sendiri di premis kami yang terletak di Jalan Tengku Osman (sebelah KASWH) atau.. banyak pulak atau nya ni ya... sudilah singgah digerai promo kami di Pasar Minggu Takada pada setiap Ahad atau pada hari Sabtu di Pasar Sabtu Balung.

Wasalam..





Sunday, December 22, 2013

GERAI KAMI DI KOMPLEKS SUKAN TAWAU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Wah.. 2 hari kami berkampung di Kompleks Sukan Tawau sempena pertandingan KING OF BANDS 2013 anjuran Kelab Pemuzik 1 Malaysia Tawau. Kami  taklah ikut pukul drum atau main gitar kat situ.. kami bergerai di luar Dewan Tertutup kompleks tersebut. Kalau nak tau pertandingan ni disertai oleh 38 band dari seluruh Sabah dan mereka berentap untuk merebut gelaran King Of bands 2013 peringkat Sabah. Pertandingan ini turut dihadiri oleh Menteri Belia & Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang pada malam final beliau turut memperlihatkan bakatnya bermain biola untuk lagu Kehilangan (Firman) dan 2 lagu yang saya kirang pasti tajuknya. Memang best.

Bah.. enough about that.. kami mula bergerai seawal pukul 10 pagi hingga 11 malam. Gerai kami yang menghidangkan Ayam Goreng Tepung Magik (dalam menu Ayam goreng Cheese), Cheezy Wedges, kentang putar, minuman ringan dan nasi lalap, mendapat sambutan hebat dari para pengunjung. Memang sibuk kami menggoreng ayam & kentang wedges ya. Ni dapat tangkap gambar ni pun.. masa semua pengunjung masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan acara.  Masa time rehat.. memang tak menang tangan. 


 Kat belakang tu orang kuat hot kitchen kami.... anak sedara yang memang pandai masak..

 Kentang baji (wedges) & ayam Tepung Magik yang baru di goreng

 Kentang putar dalam bekas double boil dan gravy dalam termos hijau.
Hidangan ni dikuasakan oleh i-MUKMIN Mashed Potato & Gravy 250g... che..
Jangan tak tau, kami cuma bancuh 1 pek sahaja untuk memenuhkan bekas hidangan tu.. memang berbaloi.

 Ni lah rupa Ayam Goreng Tepung Magik. Yang ni telah diperap semalaman bersama Tepung Magik & kemudian di double coated sekali lagi dengan Tepung Magik.

 Menu kami... Amacam? harga best tak?

 Cheezy Wedges... Hidangan paling mendapat sambutan kanak2 & remaja (mak bapak dorang pun ikut sekali.. hahahaha)

 Front desk.

 Selain dari harum gorengan ayam, banner magik ni lah yang menarik pengunjung bertandang ke gerai. Terbaiklah. 

 Rehat kejap.. semua dah sedia.. lunch break sekejap lagi. Sorrylah.. kami hanya mampu sediakan 1 meja makan sahaja.

 Tu dia.. saiz ayam goreng kami.. RM3.50 je tu..

Awal bulan ni kami turut mendapat undangan untuk bergerai di Kunak. Nak tengok wajah2 orang disebalik CuteToe Online Shop? Meh saya perkenalkan..

Ni lah orang kuat CuteToe Online Shop.. saya Hidayati (ada sunglasses kat tudung) & adik saya.. Noraini.. Noraini ni tugas dia sebagai site casher & akaun. Pengalamannya dalam akaun department MISA Tawau (MISC) selama 16 tahun sangat membantu pengurusan wang company kami sendiri. 

Bah.. sampai sini sajalah.. lapar tengok ayam goreng tu.. nak ke dapur & goreng ayam Tepung Magik.. hehehehe... 

Sapa2 yang nak order tu boleh isi borang order ye. atau email pertanyaan anda ke bluebelluv@gmail.com 

Wasalam.

Sunday, November 24, 2013

PROMO BOOTH SEPANJANG CUTI SEKOLAH SEKITAR TAWAU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Cuti sekolah dah pun bermula sejak 2 minggu lalu. Alhamdulillah ia memberi kami ruang untuk bergerai di sekitar pasar malam & pasar minggu Tawau. Maklumlah.. kami semua ni suri rumah yang sibuk dengan urusan anak2 semasa musim persekolahan. 

Sedar tak sedar, kami kini sudah bergelar Pembekal & Pengedar Tepung Magik & Cheese Powder Tawau. Dengan tema, "Hidangan ala Restoran Segera Di Rumah", matlamat utama booth promo kami ialah untuk bertemu dengan pelanggan, memberikan kesedaran bahawa mereka boleh membuat hidangan ala restoran segera dari dapur sendiri serta mengajak mereka merasai keenakan cheezy wedges buatan rumah atau homemade serta kopi pracampur stevia collagen edaran kami.

kami juga memberikan pelbagai idea2 penyediaan snek segera ala KFC dengan penggunaan Tepung Magik,i-Mukmin Cheezy Sauce powder dan i-MukminMashed Potato & Gravy mix set. Bukan itu sahaja, kami juga memberikan idea2 resepi gabungreka (fusion) seperti bergedel kentang, cottage pie, potato kebab, potato meat ball, potato cheese ball dengan menggunakan i-Mukmin Mashed Potato & Gravy; hidangan fish & chips, ayam goreng rangup & sayuran rangup ala tempura menggunakan Tepung Magik dan tidak ketinggalan mempelbagaikan hidangan sos cheezy seperti cheezy lekor, cheezy roti jon, cheezy burger, cheezy macaroni, sos cecahan, cheezy roti telur dan beberapa hidangan lain selain hidangan ikonik cheezy wedges.







Paling manis, usaha kami mendapat perhatian pembekal produk Stevia di Tawau dan memberikan kami kepercayaan untuk mempromosikan produk mereka. Kami yang kini berstatus stokis produk stevia, meningkatkan usaha memperkenalkan produk manisan pengganti gula ini kepada warga Tawau yang rata2 nya tidak tahu apa itu STEVIA & KHASIAT herba manis ini kepada kesihatan mereka. 

Kini hari demi hari, minggu demi minggu.., produk stevia khasnya kopi pracampur Stevia Collagen semakin mendapat perhatian pengguna di Tawau. Alhamdulillah. 

Bermula daripada 1 meja & 1 payung pada awal bulan November dan hanya berniaga seminggu sekali, booth kami kini berkembang kepada 2 meja & 1 kanopi dalam masa 2 minggu dan berniaga 3 kali seminggu tidak termasuk lokasi gerai jemputan atau permintaan. Mungkin biasa2 saja bagi anda, tapi bagi kami ia satu merupakan perubahan positif bahawa produk2 kami ini semakin diterima ramai.





Usaha mempromosi produk2 ini kan terus kami jalankan sepanjang bulan ni dan Disember depan dimana jadual lawatan ke beberapa lokasi tambahan termasuk daerah Kunak dan Lahad Datu telah kami rangka agar perancangan & pergerakan kami lebih teratur dan efektif. 

Semoga Allah memberikan kami rezeki dan mempermudahkan segala urusan kami sepanjang aktiviti promo. Niat kami cuma 1.., memberikan anda yang terbaik dan mengajak anda meluang sedikit masa di dapur untuk menyediakan hidangan enak penuh kasih sayang untuk keluarga tercinta. Aamiin. 


Friday, October 4, 2013

PROMO RANGKAIAN SABUN GLUTATHIONE : DISKAUN HEBAT + KOS POS PERCUMA.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Malam ni nak mulakan promosi diskaun bagi semua rangkaian sabun Glutathione kami

Sebenarnya, promo ini adalah atas permintaan peminat2 sabun kecantikan khasnya sabun ini. 

All right.. here's the deal... 
Pilih mana-mana 4 biji sabun kat bawah ni.. nak campur2 pun boleh pada harga RM50 + free postage.

Yup!! Anda tak salah dengar & tak salah lihat..


MANA-MANA 4 BIJI SABUN 
RM50 + 0 KOS POS




Sabun Glutathione Original Soap 150g
Kandungan yang terdapat dalam sabun ini:-
GLUTATHIONE
Membantu memudar dan menghilangkan masalah kulit seperti pigmentasi, jerawat dan parut jerawat, age spots dan freckles.
COLLAGEN
Membantu memberi kelembapan pada kulit wajah anda selepas dicuci dengan sabun ini & dapat menganjalkan kulit anda supaya kelihatan lebih tegang & gebu.
ARBUTIN
Arbutin dikenali sebagai bahan yang paling selamat dan efektif dalam pencerahan kulit muka. Arbutin menolong memperbaiki dan menjaga kulit yang rosak akibat daripada free radicals dan juga menolong menghalang pengeluaran melanin yang sangat banyak. Arbutin selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan toksik, hidroquinon atau apa2 bahan berbahaya. Tiga fungsi penting arbutin ialah : Whitening effects, anti- age effect and UVB/ UVC filter
KOJIC ACID
kojic acid lebih efektif daripada whitening ejen yang lain seperti hidroquinon yang berbahaya. Kojic acid selamat dan tidak mendatangkan efek yg berbahaya seperti hidroquinon tu. Ia adalah natural ekstrak yang mencerahkan cela2 dan parut.
Penggunaan yang berterusan akan membuatkan kulit lebih cerah, muda, bersinar dan kulit sekata tanpa apa2 masalah kulit dari sehari ke sehari. Formula unik ni akan membuatkan kulit kelihatan lebit cepat cerah, jerawat parut dan cela2 dimuka dapat dihilangkan.

EKSTRAK BETIK
Betik mempunyai kandungan vitamin C 2 kali lebih banyak daripada limau. Vitamin C merupakan unsur semulajadi yang amat baik untuk melicin dan melembabkan kulit. Selain itu, kandungan Vitamin A dan Papain nya membantu menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan wajah dari minyak berlebihan punca masalah jerawat.



New Black & White Glutathione Soap 150g

Sabun hitam putih ini mempunyai kandungan yang sama dengan yang putih oren cuma yang hitam putih ini diperkaya dengan pure marine collagen gred AAA yang membuatkan ia lebih berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit dengan lebih cepat termasuk masalah jeragat dan bintik hitam.



Bleaching Orignal Soap 150g

Sabun ini dirumus dengan gabungan Glutathione, asid Kojic, Vitamin C dan Pure Marine Collagen gred AAA & AAAA untuk mengaktifkan kolagen bawah kulit bagi mencerahkan kulit. 


Guava Orignal Soap 150g
Sabun guava atau jambu batu ini mengandungi minyak kelapa dara, ekstrak jambu batu dan glycerine sayuran. Sabun ini sangat baik untuk memulihkan sel kulit, merawat masalah kegatalan kulit, jerawat muka dan badan, acne dan masalah blackheads. Enzim jambu batu semulajadinya adalah antiseptik yang baik memulihkan luka2 kecil serta parut jerawat.
Kandungan minyak kelapa dara dalam sabun ini adalah tinggi dan mengandungi unsur antioksida semulajadi serta berfungsi sebagai pelembab, melembut kulit, menyingkir sel kulit mati serta membuatkan kulit anda lebih halus dan awet muda. 

Jadi? Apa tunggu lagi? Jom lah order.. offer terhad selama stok masih ada saja ya..

Untuk order, sila isi Borang Order
atau 
WhatsApp "nak diskaun sabun" ke 016 829 9608 (Hidayati)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...